Thursday, June 09, 2011

Suatu Kenangan~ :')

Hujan lebat pulak hari ni~ Basah lencun aku time balik keje tadi.. -,-" Lapar la pulak time2 nih! Dengan segera aku pegi dapur nak carik makanan. Bukak tudung saji je, dengan muke selebet aku berkata, "Ek eleh~ ikan goreng ngan sambal belacan je???" Tak perasan pulak mak aku lalu kat belakang, "Ala, makan je la ape yang ade.. Bersyukur la dengan rezeki tu.." Terasa bersalah pulak aku cakap camtu..


Sempat lagi aku snap gambar~ Haha!

Sedang aku makan, teringat pulak time aku kecik2 dulu, family aku bukan orang senang (tapi takde la susah sangat~). Time aku sekolah dulu, ayah aku berniaga jual ikan, memang best time tu, aku dapat makan ikan sedap2, aku dapat duit banyak (pasal aku tolong ayah aku berniaga).. Tapi lepas bisnes ayah aku merundum, hidup kitorang susah sikit. Nak makan pun payah~ Pernah kitorang hari2 makan nasik ngan telur goreng je.. hurmm~ Lepas tu ayah aku dapat keje jadi polis bantuan kat Sunway, time tu la baru hidup kitorang 1 family senang sikit..

Pernah ayah aku cakap kat aku, "Biar kita hidup susah! Biar kita tidur kat kandang lembu! Asalkan kita dapat cari rezeki halal atas usaha kita sendiri.. Yang penting, keluarga kita gembira~" Kata ayah aku sambil tersenyum.. Memang ayat ni la aku akan pegang sampai bila2.. Mintak2 jauhkan la dari sifat lupa diri..


Pergh! Kenyang beb! Burppp~ Alhamdulillah~





p/s: Biar rezeki kita tak banyak macam orang lain, asalkan kita hepy dan tahu bersyukur~ :)

1 comment :

XieRza said...

huhu..ngeluh2 p0n licin juga kn pinggan tu.
sedap apa makan ikan ngn belacan.

p/s: nice sharing (^_^)

Rakan2ku