Sunday, September 30, 2012

Story Begin When The Light Goes Out!


Haa.. yang ni baru la kena dengan tema blog aku! Story Begin When The Light Goes Out! 
Err.. tu je aku nak bagitau.. Kbai!

p/s: makin rabun la aku bila typing dalam gelap!

WTS Blackberry Curve 9380

Hello~
Haaa...abang2 kakak2.. smartphone adalah salah satu device yang sangat penting pada zaman sekarang. Cuba abang2 kakak2 bayangkan, camne nak call/chatting ngan bf/gf kalau takde smartphone? Pergh! Sunyi beb!

Abang2 kakak2 jangan risau.. Saya ade satu smartphone untuk dijual. Blackberry Curve 9380! Full touch screen ye.. Yang ni 2nd hand, so saya akan jual murah2 je untuk abang2 kakak2..



Haa.. ni la rupa dia.. cover plastik kat belakang pon tak bukak lagi. Blackberry ni baru je pkai 2-3 bulan.. Condition perfect! So saya bukak harga RM650 sahaja! Haa?? Mahal?? Jangan risau, harga boleh nego lagi. Comment je kat post ni dan saya akan reply ASAP. Lokasi Shah Alam / Puchong. Kat bawah ni saya sediakan sekali spesifikasi tentang Blackberry ni.

P/S: Saya jual beg je, yang ni saya tolong member jualkan. 

GeneralsDate AnnouncedNovember 16, 2011 (4th Quarter)
StatusCurrent Model
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 1900 / 2100 or HSDPA 800 / 1900 / 2100
  
Processor/ MemoryCPU806 MHz processor
RAM-
Internal Storage512 MB storage, 512 MB RAM
External MemorymicroSD (up to 32GB)
GPU-
Chipset-
  
BodyDimensions (mm)109 x 60 x 11.2
Weight (g)98
Available coloursBlack
QWERTY KeypadNo
  
DisplayScreen Size, Resolution3.2 inches, 360 x 480 pixels
Screen ColorTFT capacitive touchscreen
DesignCandybar
Screen Protection-
MultitouchNo
  
SoftwarePlatform / OSBlackberry OS 7
Java (J2ME)No
MessagingSMS, MMS, Email, IM
OthersSNS applications,Organizer, Document viewer
  
SoundAlert-
3.5mm JackNo
Extra FeatureMP3/eAAC+/WMA/WAV/FLAC- player
  
BatteryBattery Type/CapacityLi-Ion (JM-1)
Stand-byUp to 360 h (2G) / Up to 360 h (3G)
TalkTimeUp to 5 h 30 min (2G) / Up to 5 h 40 min (3G)
  
EntertainmentFM RadioNo
TV ReceiverNo
Others-
  
ConnectivityHSPDAHSDPA, HSUPA
WLANYes
EDGEYes
GPRSYes
WiFi Hot SpotNo
GPSYes
NFC SupportYes
BluetoothYes, v2.1 with A2DP, EDR
USB PortYes
Sensor-
  
Camera SpecificationsCapacity5 Megapixel
Max. Resolution2592х1944
FlashYes
Video Recording-
Secondary CameraNo
Extra FeaturesAutofocus, LED flash,Geo-tagging, face detection, image stabilization
  

Saturday, September 29, 2012

Bajet 2013


Ade sape2 yang tengok tv petang tadi? Ade tengok Bajet 2013 tak? Aku confirm la tak dapat tengok pasal aku tengah keje.. Hehe! Bagi sape2 yang tak tau lagi (including aku), aku sempat meng-google dan jumpa la hasil pembentangan Bajet 2013 ni. So same2 la kita baca ye. Bajet 2013 ni penting untuk mengetahui ape benefit yang kita dapat sebagai rakyat Malaysia. Paham?
Sila sediakan air kopi, mane la tau korang mengantuk time baca entry ni.
Intipati Bajet 2013 tadi. Berikut adalah ulangan Intipati Bajet 2013 secara betulis yang telah disampaikan perdana mentaeri Malaysia di parlimen beberapa jam tadi.
1. Pertumbuhan ekonomi diunjur berkembang kukuh pada kadar 4.5 peratus hingga 5.5 peratus. * KDNK nominal dijangka melepasi paras RM1.0 trilion.
2. Peruntukan RM251.6 bilion bagi program dan projek pembangunan, dengan fokus terhadap kesejahteraan rakyat.
3. Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan 2013 dianggarkan meningkat kepada RM208.6 bilion.
4. Pelaburan swasta dijangka meningkat kepada RM148.4 bilion.
5. RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013.
6. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.
7. Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.
8. SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.
9. Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.
10. Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan. * Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
11. Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
12. Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
13. DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.
14. Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
15. Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.
16. Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.
17. Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.
18. RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.
19. Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.
20. Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.
21. RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.
22. Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.
23. Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.
24. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil dan sederharna diberi peruntukkan RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.
25. Skim Dana Pembiayaan Harta Intelek berjumlah RM200 juta akan ditawarkan oleh Malaysia Debt Ventures dengan kerajaan memberi subsidi kadar faedah sebanyak dua peratus dan jaminan 50 peratus melalui Credit Guarantee Corporation bagi membolehkan PKS menggunakan harta intelek sebagai nilai komersial dan instrumen untuk mendapatkan pembiayaan.
26. Peruntukan sebanyak RM19 juta bagi program latihan penilai harta intelek tempatan kendalian Perbadanan Harta Intelek serta mewujudkan platform pasaran harta intelek.
27. Syarikat yang melabur dalam syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan.
28. Syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti mengkomersialkan penemuan R&D diberi pengecualian cukai pendapatan sebanyak 100 peratus ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun.
29. Potongan cukai bersamaan dengan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatannya.
30. Dana Skim Pembiayaan Teknologi Hijau akan ditambah sebanyak RM2.0 bilion lagi dan tempoh permohonan skim ini dilanjutkan sehingga 31 Disember 2015
31. Kerajaan akan memastikan hutang Kerajaan Persekutuan tidak melebihi paras 55 peratus kepada KDNK dan defisit fiskal terus berkurangan kepada tiga peratus menjelang 2015
32. Sistem percukaian negara akan diperkukuhkan dengan sistem cukai yang menyeluruh dan saksama
33. Perolehan kerajaan dan pembelian adalah berdasarkan prinsip “nilai untuk wang”
34. Peruntukkan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program untuk memastikan kesejahteraan rakyat dan memacu pertumbuhan ekonomi. Antara projek yang dikenal pasti termasuk membaik pulih dan menyelenggara sekolah, klinik kesihatan, projek perumahan, projek tangki air, rancangan tebatan banjir dan penyediaan kemudahan sukan.
35. Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
36. Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas keuntungan pelupusan hartanah yang dibuat dalam tempoh tidak melebihi dua tahun mulai tarikh perolehan dikenakan pada kadar 15 peratus, bagi tempoh pegangan melebihi dua hingga lima tahun dikenakan pada kadar 10 peratus dan bagi tempoh pegangan melebihi lima tahun tidak dikenakan CKHT.
37. Peruntukan RM100 juta kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang dijangka dapat memulihkan 30 projek rumah terbengkalai
38. Insentif cukai pemulihan rumah terbengkalai untuk menggalakkan penyertaan sektor swasta
39. Kadar cukai pendapatan diturunkan satu mata peratusan bagi setiap kumpulan pendapatan bercukai tahunan melebihi RM2,500 sehingga RM50,000.
40. Kadar cukai pendapatan koperasi dikurangkan antara satu dan tujuh mata peratusan bagi semua kumpulan pendapatan bercukai.
41. Felda akan membangunkan 20,000 projek perumahan dalam kawasan Felda, membaiki rumah-rumah kampung tradisi, program latihan dan latihan kemahiran.
42. Yayasan 1MDB akan menyediakan RM300 juta bagi pemberian geran pendidikan, bantuan kewangan, pembinaan rumah untuk pelajar prasekolah di kawasan pedalaman Sarawak, Klinik Bergerak 1Malaysia dan program membaiki rumah bagi golongan miskin dan daif.
43. Syarikat GLIC dan GLC akan memperuntukkan RM500 juta untuk menjalankan aktiviti tanggungjawab sosial korporat dalam bidang pembangunan komuniti, biasiswa, pendidikan, sukan dan alam sekitar.
44.  Melalui Pakej Komunikasi Belia, rebat one-off sebanyak RM200 akan diberikan bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G daripada peniaga yang dibenarkan. Inisiatif ini adalah untuk belia yang berusia antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah. Sejumlah RM300 juta diperuntukkan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.
45. Bantuan Rakyat Satu Malaysia atau BR1M 2.0 diberi kepada yang layak, kriteria sama seperti BR1M pertama iaitu pendapatan RM3,000 ke bawah. Sebagai tambahan BR1M 2.0 diperluaskan kepada individu bujang 21 tahun ke atas dan pendapatan bawah RM2,000 akan memperolehi RM250 seorang membabitkan peruntukan kerajaan RM3 bilion.
46. Kerajaan akan meneruskan program Baucar Buku Satu Malaysia kepada setiap pelajar IPTA dan pra-universiti. Untuk itu, nilai baucar akan ditingkatkan daripada RM200 kepada RM250.
47. Bakal haji yang mencarum di KWSP, kini dibenarkan mengeluarkan simpanan dari Akaun 2 mereka bagi menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah dengan maksimum pengeluaran sehingga RM3,000.
48. Bonus penjawat awam sebulan setengah gaji secara berkala tiga 3 bulan.
Bagi yang ingin membaca ucapan penuh Datuk Seri Najib Razak ketika diparlimen, ikuti text sebenar meneusi pautan link [Intipati Bajet 2013] ini.

Friday, September 21, 2012

Sharing - Sokonglah demi nama baik Nabi Muhammad S.A.W

Just sharing to all my fren:

Mulai hari ini utk 3 hari semua MUSLIM diminta berhenti menggunakan GOOGLE dan YOUTUBE krn mreka enggan utk menamatkan filem yg menghina Nabi kita MUHAMMAD s.a.w. Ambil masa lebihkurg 5mint utk sebarkn msg ini supaya kita bole menjawab soalan dari Allah s.w.t apbila ditanya apa yg kita buat bila Nabi kita dijadikn bahan ketawa. Harap anda tidak mmbiarkan msg ini berhenti pd inbox and shja. 

From 
today and for 3 days all the muslims will stop using google & YouTube because they refused to stop showing the film that made fun on our prophet SAW. Take less than 5 min to forward this message so that we can answer Allah (SWT) when He asks us what action we took when His beloved (SAW) was made fun of. USA is losing; pls don't let this mail stop in your inbox.

Thursday, September 20, 2012

Maybank - Legoland Blogger Contest


Haaa.. satu lagi contest khas untuk bloggers. Sape nak pegi Legoland, Canada Jay Bee? Maybank telah mengadakan satu contest dimana korang hanya perlu buat satu post "Why Maybank should give me tickets to Legoland". Korang berpeluang untuk menang sepasang tiket musim ke Legoland! Sape nak bagi free weh~ ni je la chance korang.. Ape tunggu lagi?

Ops! Sebelum terlupa. Korang hanya dibenarkan menggunakan ayat sahaja. That's mean korang tak dibenarkan untuk meletakkan sebarang video atau gambar pada post korang tu. Ni sebab diorang taknak gambar / video tu lagi menarik daripada post korang~ Hehe!

Ape2 pon, korang boleh dapatkan lebih info kat sini.

Wednesday, September 19, 2012

Aku Hackers!?

Aku tengah post blog aku kat busuk.org pastu ade connection error plak.. bila aku refresh chrome, kuar play ayat "hackers gila kau ni". Apakah??? Adakah website busuk.org telah di-hack??

Mari kita terjah utk mencari satu kepastian~~


Thanks for the buyer~


Aku berterima kasih pada customers yang beli beg ni.. Kalau korang nak beli pon boleh..banyak stok lagi.. :)
Kalau nak tau dengan lebih lajut, klik sini.



Sekali lagi aku ucapkan terima kasih..

Tuesday, September 18, 2012

Robocop Baru!?


Yeaa.. satu lagi legend movie bakal diberi nafas baru! Macam lagu plak! Sape yang tak pernah tengok citer Robocop? Cuba angkat tangan! Kalau zaman 90-an, movie Robocop ni dah dikira advance technology la.. Ok2, nampaknya kostum untuk movie Robocop ni boleh dikatakan 60% lain dari kostum yang sebelumnya. Aku tak boleh nak komen yang kostum baru ni cantik ke tak, sebab pandangan orang lain2 kan?

Tapi pada aku la.. kostum Robocop baru ni macam hasil gabungan Batman + Iron Man + Dredd.. Am I right? Tapi bagus jugak la diorang buat kostum baru kan? takkan la nak guna design Robocop yang lama pada zaman sekarang ni.. Nampak sangat tak up-to-date kalau pakai kostum lama.


Anyway, release date untuk movie Robocop ni masih belum diumumkan tapi yang pasti movie ni keluar pada tahun 2013. So kita tunggu je la movie ni ye..

P/S: Banyak movie superhero yang akan keluar pada tahun 2013: Iron Man 3, Thor 2, Avengers 2, Ant-Man, Man of Steel (Superman), dan banyak lagi.. Tak sabar pulak rasanya! Hehe!

Thursday, September 13, 2012

Iphone 5 Telah Diumumkan!


Waaaa... satu lagi gadget yang super-cool daripada Apple! Smartphone yang ditunggu-tunggu oleh penduduk bumi! Pada pukul 1 pagi tadi, Apple telah melancarkan produk mereka iaitu Iphone 5. Ianya dikatakan lebih hebat daripada model yang sebelumnya.. betul ke??


Setelah aku selidik Iphone 5 dalam laman web rasmi Apple, pada aku design Iphone 5 adalah lebih kurang sama dengan Iphone 4 / 4S. Cuma belakangnya ada kelainan sedikit. Processor telah ditingkatkan iaitu menggunakan A6 chip. Warna utk body Iphone pula macam biasa la, ada warna hitam dan putih sahaja.



Haa..satu lagi perkara yang aku suka pada Iphone baru ni iaitu skrinnya besar sedikit berbanding dengan model yang lama iaitu 4 inci. Yang lama hanyalah 3.5 inci. Ianya juga lebih ringan dan lebih nipis. Kad sim yang akan digunakan adalah lebih kecil. Kalau korang guna Iphone 4 / 4S, korang guna Mirco-sim kan? Untuk Iphone 5 pula, sim yang digunakan adalah Nano-sim. Korang nak tau bagaimana rupa nano-sim? Errr.. aku pun tak tahu macam mana rupa nano-sim, tapi yang pasti, kad sim adalah lebih kecil.. Hehe!


Yang lain-lain adalah lebih kurang sama dengan model sebelumnya seperti kamera 8MP dan Intelligent Assistant - Siri. Kamera depan pula dipertingkatkan kepada 1.2MP berbanding Iphone 4S yang hanya menggunakan VGA sahaja. Bateri pula dikatakan lebih tahan lama, so korang boleh la bermain puas-puas dengan gadget ni nanti!


Apa-apa pun, mari kita saksikan sedikit gambar yang sempat aku copy dari website Apple. Dan kalau korang ingin tau lebih lanjut pasal model terbaru ni, boleh la layari laman web rasmi Apple. Tekan je kat sini.


Harga bagi Iphone 5 dijangka sama dengan harga Iphone 4S. Sesiapa yang pakai Iphone 4S, ada rasa menyesal tak? Hehe!

Wednesday, September 12, 2012

Paris Hilton Masuk Islam?


Haaa..terkezzzuuttt tak? Aku pon terkejut bila dengar berita ni.. Menurut sumber, Paris Hilton telah mengambil keputusan untuk meninggalkan masa silamnya sebagai selebriti yang terkenal dengan kehidupan liar.

Paris Hilton telah menukar namanya kepada Tahirah, yang bermaksud "suci" dalam bahasa Arab. Tindakan beliau ni pasti akan memberi impak besar bagi industri seni di dunia.

Menurutnya Paris Hilton, dia telah menemui kedamaian dalam hidup setelah mnganut agama Islam. Sebelum ni dia dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, dan rendah akhlak. Tetapi sekarang semuanya telah berubah. Alhamdulillah..

Err..ada jugak yang mengatakan bahawa ni semua adalah berita palsu. So terpulang la pada korang untuk percaya ke tak.. Same2 la kita meng-google-kan diri untuk mencari berita yang sahih ya..


Gambar ini menunjukkan seperti dia sedang belajar sembahyang. Adakah ianya benar??

Resident Evil: Retribution


Wooo!! Zombie menyerang lagi! Haha! I'm the huge fan of this movie! Satu-satunye movie yang xde hero, hanya heroin. Hehe! Dengar cerita, movie ni akan ditayangkan kat cinema pada 14 September ni.. Tunggu ape lagi? Jom kite ramai-ramai serang cinema!!!

Kalau korang nak tengok info, trailer dan sedikit screenshot Resident Evil: Retribution, boleh la klik kat sini..





Tuesday, September 11, 2012

Xpax Whatcuwant : Menangi wang harian sebanyak RM 10,000!


Korang nak RM10,000? Kalau nak korang boleh la join contest ni tapi contest ni terbuka kepada pelanggan Xpax je..Hehe! Tapi kalau nak join jugak, terpaksa la korang g beli Xpax Starter Pack sekarang..

Kalau korang nak tau lebih detail, boleh la korang tengok kat sini.

Home-made Tablet!

Aku betul2 kagum dengan orang China. Banyak betul benda yang diorang boleh tiru / cipta (even mostly cepat rosak!). Tapi ade sorang mamat dari China, Wei Xinlong dah hasilkan tablet dari bahan terpakai. Pergh! dah la dia still student! Buat pengetahuan korang, dia gunakan barang2 dari laptop terbuang je dan masa untuk tablet ni dihasilkan hanyalah mengambil masa 10 hari je!

Tak payah la dia susah2 nak keluarkan duit semata2 nak beli tablet. Dia hanya mengeluarkan model sebanyak 800 Yuan (RM 126) sahaja! Let's see his creation!








Tapi seriously aku tak tau berapa lama tablet ni boleh pakai.. Hehe!

Monday, September 10, 2012

Update: Penipuan Menggunakan Talian Telefon!


Kawan2ku, ni ada satu lagi nombor phone yang cuba nak kelentong aku.. 012-3114300. Harap anda semua berwaspa.
Buat mereka yang masih tak paham, sila baca post ni.. klik sini

Terima Kasih.

Saturday, September 08, 2012

Berparti di Old Trafford bersama Mister Potato!

Hi kawan-kawan,
Sape yang minat dengan Manchester United? Sape nak pegi Old Trafford? Haaa.. ni ade satu peluang baik untuk korang.. Mister Potato telah mengadakan satu peraduan dan korang berpeluang untuk pergi menyaksikan perlawanan Manchester United di Old Trafford! Di samping tu korang juga boleh dapat t-shirt dan scarf Manchester United. Woooo.. tunggu ape lagi? Moh le join!!


Untuk keterangan lanjut korang boleh tengok kat Facebook Mister Potato.. https://www.facebook.com/misterpotatocrisps

Aku tak boleh pegi luar negara pasal PTPTN tak bayar! Errr..

Jaga-jaga! Penipuan Menggunakan Talian Telefon!


Kat sini aku just nak bagi peringatan kat korang, aku rasa korang pon dah banyak dengar pasal kes macam ni. Ni kali kedua aku kena kes camni. Pernah tak ade orang call korang dan dia cakap dia dari pihak bank? Dia cakap dia just nak buat semakan tentang akaun bank. Aku dari mula memang dah rasa was-was, dia akan mintak maklumat yang ada pada kad ATM / kad kredit korang. Terus terang aku cakap, JANGAN BAGI! Jangan bagi ape2 pon maklumat pada kad tu pada orang lain!

Benda ni yang dia akan mintak, expired dat pada kad, nombor yang tertulis pada kad, dan kad jenis apa. Masa aku mula2 kena dulu, aku suruh dia call balik, aku cakap kat dia yang aku ade keje sket dan mintak dia call aku dalam masa  minit lagi. Lepas hang up je, aku terus call Maybank dan tanya customer service Maybank. Memang ternyata ianya satu penipuan. Kalau korang rasa nak tengok duit dalam akaun korang lenyap secara 'magic', boleh la try.. Hehe! Lepas tu dia try call aku balik tapi aku tak jawab. Banyak kali dia try call aku. Takkan la just nak wat survey pon kena call banyak kali? Kan boleh try call orang lain?

Kes yang ke-2, ade orang call benda yang sama jgk. Aku terus cakap "ko memang selalu kencing orang ke??" pastu aku hang up. Aku nak gertak dia sikit, aku anta la sms kat dia pasal dia guna nombor handphone. Korang tengok la ape yang dia jawab. Langsi betol!!


Ingat! Pihak bank takkan call mintak benda2 ni semua. Kalau diorang nak tau semua detail pasal korang, tak payah nak call korang tanya soalan2 camni. Just click kat sistem diorang pon boleh tau la.. Pernah sekali mak aku hilang kad ATM, aku just g kat kaunter servis dan tanya berapa baki yang ada dalam akaun mak aku. Korang nak tau? Dia cuma mintak nombor IC je..tak payah soalan2 merapu2.. terus dia dapat tau baki dalam akaun. Penyangak2 ni mintak benda2 catu pasal nak hack akaun korang la..

Haaa..korang save nombor ni 019-6756513, in case kalau dia call korang la.. Berjaga-jaga sebelum terkena. As salam..


Friday, September 07, 2012

Facebook Take Over Instagram!


Haaa..buat pengguna aplikasi Instagram, Mark Zuckerberg dah bersetuju untuk mengambil alih Instagram dengan harga $1 Billion! Aku rasa Instagram memang ade potensi yang besar untuk bawa keuntungan, so memang berbaloi la kawan aku (Mark Zuckerberg) ni beli.. err..
Instagram baru je memperkenalkan aplikasi untuk OS Android. Aku rasa dari situ la Zuck (name timangan Mark Zuckerberg! Haha!) berminat nak beli~

Aku tak pernah guna Instagram pon sebenarnye.. Haha!



Deleted Scene from The Avengers

Haaa.. buat peminat The Avengers, korang dah pernah tengok deleted scene utk movie ni tak? Kebanyakkan movie memang akan ade deleted scene, salah satu sebabnye adalah scene yang tu tak berapa penting atau nak pendekkan sket movie tu.. Kalau panjang sangat, nanti jadi movie hindustan pulak~ ahaks!

Ok2! daripada aku melalut panjang, jom kita tengok deleted scene untuk movie The Avengers ni.. Saksikan..




Video pendek je pon.. hehe! Yang ni pulak sedikit gambar yang sempat aku cari.. Memang takde dalam movie The Avengers..



Stan Lee pon nak masuk scene jugak~ adoi..

Thursday, September 06, 2012

Iron Man III


Selepas tayangan movie The Avengers yang telah memecah panggung tak lama dulu, takde la lama sangat satu lagi movie yang ter~~awesome akan ditayangkan tak lame lagi (err.. tahun depan actually..) Iron Man III!! woooo!!! i'm over excited.. Even trailer pon belom release lagi, tapi release date untuk movie ni telah diumumkan. Gambar2 Iron Man Suit yang terbaru pon telah tebongkar! Aku tak sabar nak tunggu movie nih pasal aku memang die hard fan Iron Man! Hehe! Rasa macam lama sangat nak tunggu movie nih! Memang lama sangat pon~ tahun depan baru release!



Dengar cerita pengambaran movie ni dibuat di China. So kalau korang peminat setia Iron Man, memang korang tau la sape yang akan dia lawan nanti kan? Movie ni akan ditayangkan pada bulan Mei 2013. Tapi aku tak tau la ni date untuk tayangan serentak atau untuk tayangan kat US je..

Cerita Thor pon akan keluar tahun depan. Haaa... ada satu lagi superhero yang akan dijadikan movie! Ant-Man! Akurasa superhero Ant-Man tak berapa famous sangat kat Malaysia kot.. Tapi kita tunggu je movie ni  keluar, pastu kita serbu panggung wayang ramai2 k.. Tapi korang kena belanja aku tengok wayang la.. Haha!

Kat sini aku selitkan sikit gambar2 Iron Man suit yang latest! Jaga2! Jangan sampai meleleh air liur tu!



 











Rakan2ku