Kat sini aku just nak bagi peringatan kat korang, aku rasa korang pon dah banyak dengar pasal kes macam ni. Ni kali kedua aku kena kes camni. Pernah tak ade orang call korang dan dia cakap dia dari pihak bank? Dia cakap dia just nak buat semakan tentang akaun bank. Aku dari mula memang dah rasa was-was, dia akan mintak maklumat yang ada pada kad ATM / kad kredit korang. Terus terang aku cakap, JANGAN BAGI! Jangan bagi ape2 pon maklumat pada kad tu pada orang lain!
Benda ni yang dia akan mintak, expired dat pada kad, nombor yang tertulis pada kad, dan kad jenis apa. Masa aku mula2 kena dulu, aku suruh dia call balik, aku cakap kat dia yang aku ade keje sket dan mintak dia call aku dalam masa minit lagi. Lepas hang up je, aku terus call Maybank dan tanya customer service Maybank. Memang ternyata ianya satu penipuan. Kalau korang rasa nak tengok duit dalam akaun korang lenyap secara 'magic', boleh la try.. Hehe! Lepas tu dia try call aku balik tapi aku tak jawab. Banyak kali dia try call aku. Takkan la just nak wat survey pon kena call banyak kali? Kan boleh try call orang lain?
Kes yang ke-2, ade orang call benda yang sama jgk. Aku terus cakap "ko memang selalu kencing orang ke??" pastu aku hang up. Aku nak gertak dia sikit, aku anta la sms kat dia pasal dia guna nombor handphone. Korang tengok la ape yang dia jawab. Langsi betol!!
Ingat! Pihak bank takkan call mintak benda2 ni semua. Kalau diorang nak tau semua detail pasal korang, tak payah nak call korang tanya soalan2 camni. Just click kat sistem diorang pon boleh tau la.. Pernah sekali mak aku hilang kad ATM, aku just g kat kaunter servis dan tanya berapa baki yang ada dalam akaun mak aku. Korang nak tau? Dia cuma mintak nombor IC je..tak payah soalan2 merapu2.. terus dia dapat tau baki dalam akaun. Penyangak2 ni mintak benda2 catu pasal nak hack akaun korang la..
Haaa..korang save nombor ni 019-6756513, in case kalau dia call korang la.. Berjaga-jaga sebelum terkena. As salam..
No comments :
Post a Comment