Thursday, September 13, 2012

Iphone 5 Telah Diumumkan!


Waaaa... satu lagi gadget yang super-cool daripada Apple! Smartphone yang ditunggu-tunggu oleh penduduk bumi! Pada pukul 1 pagi tadi, Apple telah melancarkan produk mereka iaitu Iphone 5. Ianya dikatakan lebih hebat daripada model yang sebelumnya.. betul ke??


Setelah aku selidik Iphone 5 dalam laman web rasmi Apple, pada aku design Iphone 5 adalah lebih kurang sama dengan Iphone 4 / 4S. Cuma belakangnya ada kelainan sedikit. Processor telah ditingkatkan iaitu menggunakan A6 chip. Warna utk body Iphone pula macam biasa la, ada warna hitam dan putih sahaja.



Haa..satu lagi perkara yang aku suka pada Iphone baru ni iaitu skrinnya besar sedikit berbanding dengan model yang lama iaitu 4 inci. Yang lama hanyalah 3.5 inci. Ianya juga lebih ringan dan lebih nipis. Kad sim yang akan digunakan adalah lebih kecil. Kalau korang guna Iphone 4 / 4S, korang guna Mirco-sim kan? Untuk Iphone 5 pula, sim yang digunakan adalah Nano-sim. Korang nak tau bagaimana rupa nano-sim? Errr.. aku pun tak tahu macam mana rupa nano-sim, tapi yang pasti, kad sim adalah lebih kecil.. Hehe!


Yang lain-lain adalah lebih kurang sama dengan model sebelumnya seperti kamera 8MP dan Intelligent Assistant - Siri. Kamera depan pula dipertingkatkan kepada 1.2MP berbanding Iphone 4S yang hanya menggunakan VGA sahaja. Bateri pula dikatakan lebih tahan lama, so korang boleh la bermain puas-puas dengan gadget ni nanti!


Apa-apa pun, mari kita saksikan sedikit gambar yang sempat aku copy dari website Apple. Dan kalau korang ingin tau lebih lanjut pasal model terbaru ni, boleh la layari laman web rasmi Apple. Tekan je kat sini.


Harga bagi Iphone 5 dijangka sama dengan harga Iphone 4S. Sesiapa yang pakai Iphone 4S, ada rasa menyesal tak? Hehe!

No comments :

Rakan2ku