Tuesday, May 03, 2011

Seru - Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku~

mood: menggigil~

Petang tadi baru lepas tgk wayang ngan Didi, aku ingat nak tengok movie Fast & Furious 5, tp wayang full pulak~ adeh! Terpaksa la aku tengok 2nd option, movie seram~ SERU~ overall, movie ni memang best, tak macam cerita seram yang aku tengok sebelum nih! klik sini.

Dari intro sampai la ending, memang puas hati..suspen jugak~ tak silap aku pengarah dia Pierre Andre. Movie ni mengigatkan aku pasal movie Exorcism dan Saw. Tapi tak la ganas sangat macam movie Saw! Kalau korang nak tengok cerita seram, aku suggest tengok la cerita ni. Aku bagi 4 bintang la~ ahaks! Tapi aku tak paham function pelakon time intro dia tu - Awal Ashaari, Nora Danish ngan Pierre Andre. Diorang berlakon sekejap aje. hmmm~~ Apedehal~~ Layan je la!



Sinopsis movie SERU: Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu.




p/s: lepas ni sape nak tengok movie Fast & Furious ngan aku? :P

No comments :

Rakan2ku