Sunday, June 12, 2011

Ekspedisi Gunung Nuang

Mood: Penat + sakit2 badan + baru bangun tido (~_~)


Pergh! dah lame berehat pon still rasa sakit2 badan lagi..hmmm~ (-,-)" Kaki aku dah bengkak2, semuanya gara2 pegi mendaki Gunung Nuang! Tapi memang best! Hehe! Bukan selalu dapat join aktiviti2 camni. Kitorang pegi semalam (Sabtu, 11 jun). Walaupun jumlah peserta hanyalah 10 orang, tapi happening tak ingat! Thanks to Kak Nor sebab organize aktiviti2 camni.

Kitorang berkumpul kat opis kitorang diorang pukul 5.30 pagi tapi aku lambat sikit sampai! haha! Gunung Nuang ni terletak kat Hulu Langat. Agak terpencil sebenarnya sebab terpaksa melalui kawasan kampung & ada jugak kawasan orang asli. Kitorang bertolak dari Shah Alam ke Gunung Nuang pada pukul 6 lebih~ Lebih kurang camtu la & sampai sana lebih kurang pukul 7.



Bersiap sedia nak mendaki





Time awal2 mendaki, semua excited! bile dah tengah2, hurm~~ (-,-)

Ade jugak umah orang asli kat gunung ni ekh~


Berehat kejap sebelum meneruskan perjalanan




Kalau korang sukakan cabaran, korang memang patut pegi kat sini


Kat kem Pacat, tengah tunggu yang lain sampai. Lambat pulak diorang ni naik~ Isk!

Pak Cik Along tengah me-repair kaki Kak Nor yang dah cramp! Isk!



Kem Pacat.. Err.. kenapa nama kem ni pacat??

 Memang cukup mencabar aktiviti kali ni! Kitorang start mendaki pukul 7.30 pagi, turun balik sampai ke kaki gunung, pukul 7.30 mlm! 12 jam!!! yeah! Aku macam dah nak separuh mati time tu! Adeh! Kat gunung ni ade 3 kem, kem Lolo, kem Pacat & kem Pengasih. Kitorang hanya sampai ke Kem Pacat je, tak sampai ke puncak atas sebab2 tertentu. Bayangkan la kalau kitorang mendaki sampai ke puncak, pukul berapa kitorang nak balik nanti? Isk!



  
Yeah! Ni la yang aku tunggu2, mandi sungai! Hehe! Setelah penat mendaki, kitorang turun ke kem Lolo untuk mandi! Memang sejuk beb! Aku ni dah la tak tahan sejuk tapi dah lama aku tak mandi sungai, so apedehal~ Bedal je la! Haha!



Sampai kaki gunung pukul 7.30 mlm, tapi sebelum balik kitorang gi makan dulu kat area situ jugak. Sampai umah je terus tido! Memang dah tak larat langsung! Adeh! Ok la~ aku nak sambung tido lagi! Kekekekeke!!

2 comments :

Anonymous said...

baru g ke????aq dah nk pg skli agi tau....huhuhu

CintaZulaikha said...

ygk gambo pon da tau penat....huhu

Rakan2ku