Tuesday, April 26, 2011

Mari Kita Berbelanja Bijak!

Hye~ dah dua bulan hari aku tak update blog nih~ ahaks!
Memandangkan gaji aku keluar esok, so aku nak cerita sikit pasal cara nak simpan duit.. Korang reti simpan duit? Seriously aku tak pandai langsung nak simpan duit, asal ada duit kat poket je, mesti nak beli tu, nak beli ni..adeh! bile dah sampai hujung bulan macam sekarang ni, baru la rasa peritnya bila takde duit.. =_="

So, I have find solutions for this problem! (pergh! cakap omputeh~ ahaks!) Aku pun mula la cari kat tenet macam mana aku nak saving duit~ cari punya cari, aku pun terjumpa la satu application ni yang dapat membantu korang menguruskan kewangan korang dengan bijak dah berhemah~ fuiyoo~~ File yang ni kecik je, bukak kat Microsoft Excel. So, kalau PC/laptop korang memang zaman batu punye, takde masalah untuk korang gunakan aplikasi ni. Sebenarnya ianya satu jadual untuk korang catit segala anggaran perbelanjaan korang, wang bersih yang korang dapat dan perbelanjaan harian korang. Aku pun boleh buat sebenarnya pasal aku pon baru je amik training intermidiate & Advanced Excel, tapi aku ni malas! Haha!

Ni contoh yang memang ade kat dalam fail Excel tu. Ade bahagian untuk catit duit yang korang dapat, duit yang perlu dibelanjakan dan jumpah baki yang korang ada lepas berbelanja (yang ni korang tak payah masukkan pasal dia akan calculate ade bile korang dah isikan duit masuk dan duit perbelajaan).

Kalau korang dah paham, korang boleh la tekan tab kat bawah mengikut bulan dari bulan Januari sampai la Disember. Contoh dia camni:

Okey, adakah anda berminat? sila klik SINI untuk download. Jadi pandai-pandai la korang uruskan kewangan korang ye~ Sama-sama la kita berjimat! Hehe~



p/s: Harap-harap aku dapat kumpul duit, aku nak beli kereta!! Then, perasan tak ayat aku ni skema sikit? haha! Ni la tips dari blogger senior, bertujuan untuk korang semua senang nak jumpa blog ni kalo search pakai pakcik Google~ Ahaks!




No comments :

Rakan2ku