Friday, April 29, 2011

Pertemuan dan Perpisahan

Setiap pertemuan pasti akan bertemu dengan perpisahan. Tapi tak bermaksud ianya akan berkahir, pasti akan ada permulaan baru yang menanti~ (pergh!!! boleh buat novel nih!! Haha!). Dulu ade dua orang student praktikal kat department aku. Waheed dan Amir. Diorang ni dah banyak tolong aku uruskan kerja-kerja aku kat sini. Si Waheed dah abis bulan lepas, si Amir baru je abis hari nih.. Alhamdulillah~

Kadang-kadang diorang ni asyik buat aku pening kepala! Isk! Tapi seriously aku hepy sangat bile diorang ade, seronok kerja dengan diorang nih! Aku pun takde la bosan sangat! Haha! Banyak ilmu yang aku dah turunkan kat diorang nih! (Ajar benda yang bukan-bukan ade la! Haha!!)




p/s: To Waheed: Make sure ko sambung blaja! Jangan asyik nak keje je!
      To Amir: Ko banyak lagi kena blaja nih! Asyik nak main je! Haha!

Thursday, April 28, 2011

Pizza Time!

Tengah hari tadi tak tau nak makan ape.. Pastu terdengar plak kak Jiha dengan kak Fiza nak makan pizza, hmm.. ape ade hal, bedal je la! "Kak, saya nak ikut!". Mentang-mentang la baru dapat gaji~ haha! Kitorang makan kat SACC Mall, penuh jugak la~ Didi pon join sekali..

Weh! kat Pizza Hut memang ade remote nak panggil waiter ekh? Sumpah aku tak tau! Biasenye aku makan Pizza Hut kat Jusco Bukit Raja, tapi tak ade pon remote camtu! Pergh~ Ketinggalan zaman jugak aku nih! =_="

Lame jugak aku tunggu pizza sampai, aku asyik nak tekan je remote tu, tapi asyik kena marah je dengan "makcik2" nih! adeh~ pastu marah aku pulak pasal bayar mahal! (tekan2 remote tu pon kena charge jgk ke??)





Ni la "makcik2" kat department aku~ Haha!

Didi pun nak join sekali~ Hehe!


.............(-_-)"

Pergh!! Licin~ Kenyang beb!




Tuesday, April 26, 2011

Mari Kita Berbelanja Bijak!

Hye~ dah dua bulan hari aku tak update blog nih~ ahaks!
Memandangkan gaji aku keluar esok, so aku nak cerita sikit pasal cara nak simpan duit.. Korang reti simpan duit? Seriously aku tak pandai langsung nak simpan duit, asal ada duit kat poket je, mesti nak beli tu, nak beli ni..adeh! bile dah sampai hujung bulan macam sekarang ni, baru la rasa peritnya bila takde duit.. =_="

So, I have find solutions for this problem! (pergh! cakap omputeh~ ahaks!) Aku pun mula la cari kat tenet macam mana aku nak saving duit~ cari punya cari, aku pun terjumpa la satu application ni yang dapat membantu korang menguruskan kewangan korang dengan bijak dah berhemah~ fuiyoo~~ File yang ni kecik je, bukak kat Microsoft Excel. So, kalau PC/laptop korang memang zaman batu punye, takde masalah untuk korang gunakan aplikasi ni. Sebenarnya ianya satu jadual untuk korang catit segala anggaran perbelanjaan korang, wang bersih yang korang dapat dan perbelanjaan harian korang. Aku pun boleh buat sebenarnya pasal aku pon baru je amik training intermidiate & Advanced Excel, tapi aku ni malas! Haha!

Ni contoh yang memang ade kat dalam fail Excel tu. Ade bahagian untuk catit duit yang korang dapat, duit yang perlu dibelanjakan dan jumpah baki yang korang ada lepas berbelanja (yang ni korang tak payah masukkan pasal dia akan calculate ade bile korang dah isikan duit masuk dan duit perbelajaan).

Kalau korang dah paham, korang boleh la tekan tab kat bawah mengikut bulan dari bulan Januari sampai la Disember. Contoh dia camni:

Okey, adakah anda berminat? sila klik SINI untuk download. Jadi pandai-pandai la korang uruskan kewangan korang ye~ Sama-sama la kita berjimat! Hehe~



p/s: Harap-harap aku dapat kumpul duit, aku nak beli kereta!! Then, perasan tak ayat aku ni skema sikit? haha! Ni la tips dari blogger senior, bertujuan untuk korang semua senang nak jumpa blog ni kalo search pakai pakcik Google~ Ahaks!




Sunday, April 24, 2011

Wasiat Nenek!


Khairul adalah anak kampong yang merantau ke Bandar. 1 hari, neneknya telah memanggilnye balik ke kampong sebab neneknya sakit.

Nenek:  Khairul, nenek dah tak larat lagi ni ha~ ekau tolong usahakan kobun-kobun nenek ni yo!

Khairul: Nenek jangan la cakap camtu~ (dalam hati: pergh! Kayo den! Semuo harto akan den dapek!)

Nenek: Nenek serahkan semuo kobun-kobun nenek, villa, traktor, staff-staff nenek, lombu, kambeng, itik ngan tapir kek kau. Jago baek-baek yo~ jangan lupo bagi makan semuo ternakan nenek, siram semuo tanaman nenek jugak..

Khairul: Nenek toksah la risau.. den akan uruskan semuo. Err.. kobun nenek kek mano? Den tak ponah tau pon!

Nenek:  Ado kek Facebook ni ha~ FARMVILLE! Nanti nenek bagi password dio yo~

Khairul: (T_T)”

Intan Najihah Berjaya Ditemui

Alhamdulillah~ Akhirnya Intan Najihah ditemui semula setelah beberapa hari hilang sejak 15 April lalu. Memang kecoh hal ni kat Meru! Banyak iklan pasal adik ni kat sekitar Meru. Dia merupakan pelajar Tingkatan 2 kat SMK Meru, Klang.


Adik Intan ni berjaya ditemui di Rawang, Selangor dalam keadaan sihat walafiat. Terime kaseh pada mereka yang telah bertungkus lumus menjejaki adik Intan.

Sebenarnye adik Intan ni takde kena mengena ngan aku, cuma dia duduk kat Meru jugak. So aku sebagai penduduk Meru kena la amik berat jugak kan? Aku baek tak?? Riaknye aku~ =_=”

p/s: Berhati-hati memilih kawan, pada yang ada adik/anak, jaga dan pantau ke mana mereka pegi~

Saturday, April 23, 2011

Terkentut di Pagi Hari~

Selamat pagi semua~ aku ade cerita kelakar giler~ maybe korang rasa aku ni pengotor sket kot.. Tadi adek aku nak pegi sekolah, dia boleh tertinggal bas plak..boleh pulak dia kejut aku pagi2~ dah tau yang aku ni tak suke bangun pagi (err~kantoi pulak~). Hmm..terpaksa la aku hantar! Tapi sebelum tu memang die kena sekeh la ngan aku! Haha!

Lepas aku hantar dia, sempat jugak la aku beli nasik lemak utk family aku. Dah sampai umah, aku lepak2 jap kat depan umah sambil isap rokok dgn bergayanya.. Chewah~~..

Tiba-tiba~

Isk! Rasa nak terkentot pulak~ dalam hati aku, “lepaskan je la~” aku pon ape lagi “putttttttttt~”.. nak tau tak? Time aku tgh sedap “melepas”, blh plak ade jiran aku a.k.a. makcik lalu kat sebelah aku. Arghhh!! Malunye aku! Aku dengan muka cover macho, aku senyum kat makcik tu, tp makcik tu tak senyum langsung! Pergh! Mesti makcik tu sentap ngan aku~ Aku dah tak boleh nak cover2 lagi, terus aku lari masuk umah! Kekeke!


Tu la, tips dari aku.. Nak buat sesuatu, pandang dulu kiri kanan, depan belakang~ nanti kantoi malu plak..haha!






p/s: ala~~ korang pon mesti pernah kantoi terkentot dpan org jgk kan~ elelelelelelele~ taknak ngaku plak~ :DD

Wednesday, April 20, 2011

Kenapa Lelaki Kahwin Lambat?

Ha~~~ yang ni mesti korang suke kan? kan? ahaks!
Aku baru je dapat emai dari En. Helmi (kwn aku da~~). Benda ni buat aku termenung jap.. isk, camne la aku nak kawen nanti? Renung-renungkan la bersama ye~ Yang lelaki 2, rileks ye~ jgn meraung plak nanti..

Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh. Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai. Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200. Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500. Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.

Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian. Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi. Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin. Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.

Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'. Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.

Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan. Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank. Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000. Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.

Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan. Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.

Time Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju. Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000. "Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang. Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.

Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"

Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."

Anda : "RM 5000, okay?"

Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"

Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda. "Mana aku nak dapat duit lebih?"

Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan. Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut. Suatu pencapaian yang amat membanggakan!

Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"

Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.

"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.

Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"

"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."

"Tapi mak..?"

"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"

Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar. Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.

Akhirnya? Bercerai..

Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.

Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.

Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.

Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.

Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira. Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin. Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam. Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin. Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid. Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid. Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.

Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan. Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.

Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?

...and the pressure is on men... (T_T)” isk~~~

Tuesday, April 19, 2011

I Wish To Travel To The Future Right Now! :)

Alhamdulillah~ kesihatan aku dah brtambah baek! Blh la aku concentrate ngan blog nih! hehe! Smalam aku btol2 x larat, terus aku MC, hari ni plak aku masuk keje lambat sket, tak larat sgt~ maybe sebab kesan obat aku amik malam td kowt..isk! Tapi bkn ni yang aku nk bincangkan~hehe! Takpekan aku melalut sket2~?haha!

Aku ade tgk video kat youtube, pasal teknologi masa depan. Gempak seh~ dari bilik tidur, pastu dapur, kereta, mcm2 lg la~ isk! kalo la bnda2 camni dah ade, mesti best kan? Aku mmg suke gadget2 berteknologi canggih ni (chewah~).. Korang tengok la sendiri.. (err..kalo ade sape2 yg dah tgk sblm nih, buat2 la baru 1st time tgk ekh~ haha! :P)











p/s: agak2 korang, sempat lagi tak aku nk merasa bnda2 camni? isk~ umo dah makin mningkat~
aku xnak jd tua!!

Sunday, April 17, 2011

Mekaseh bro~

Tadi aku tgh tgk blog2 kwn aku, tetibe je aku prasan ade someone promot blog aku..hehe! mekaseh bro Along Usop!. Bkannye ape~ aku baru lagi dlm dunie blog nih, so mekaseh sgt2 la pasal promot blog aku..ahaks! Utk rujukan korang klik sini.




p/s: Bro Along Usop, nnti kalo ade aktiviti daki bukit, ajak la aku join skali k~ :P

Saturday, April 16, 2011

Dilarang Masuk!

Eh2? korang nak kemane? korang dialu2kan utk datang blog ni~ bolg ni sntiasa terbuka utk korang~ hehe! Petang tadi aku ngan Didie (kwn laki ye~ so gurls, u can chill.. :P). dah bosan sgt smpai x tau nk watpe, kitorg gi la usha wayang. Nampak plak citer "Dilarang Masuk".. Bermula la dialog aku ngan si Didie~

Didie: cambest je citer nih~ tgk citer ni je lah!


aku: ikut ko la didie~


Didie: ko ade seploh hengget x? Pinjam dulu.. ak x kuar duet lg nih..


aku: ko mmg cantek~~~ (T_T)

Muvie start kul 5.45 ptg, tp kitorg beli tiket kul 5.50 ptg..haha! Ingatkn kitorg dah lewat sgt, tekejut jugak bile tgk wayang kosong je! x rmai org~ brape kerat je yg ade.. aku dah mule rasa syak..ahh! layan je la~ Starting die oke la..tgk half je dah complicated sket tp aku still paham lg.. tp part ending mmg aku tak paham langsung.. ke aku ni yang bebal?? err... Nasib baik la awek dlm citer 2 hot! haha! kalau x silap aku, name watak awek hot 2 Julie~ phewitt! :P

Overall bg aku muvie ni mmg tak best langsung! (Aku bkn pengkritik muvie ye~ just my opinion..) rugi duet aku mpat blas hengget! hmm.. tu la~ aku nk tgk muvie Rio, si didie plak yg xnak~ adeh!
Sape2 yg nk tgk citer ni, tgk la..pastu explain kat aku jln citer die camne ekh..haha!

Sinopsis Filem Dilarang Masuk:
Empat sekawan, Fatia, Badrul, Juli dan Ronnie sudah kehilangan akal, buntu menemui jalan pulang. Perjalanan yang tidak sudah itu menemukan mereka dengan sebuah banglo usang di mana mereka memutuskan untuk bermalam di situ. Di rumah misteri yang seakan tidak berpenghuni itu, mereka menjumpai sejumlah wang jutaan ringgit di dalam sebuah beg yang sudah lama tersimpan. Dengan perasaan penuh tanda tanya, mereka dikejutkan dengan penemuan dua mayat yang telah reput dan sepucuk pistol – yang masih penuh dengan peluru hidup.Fatia yang masih bergantung dengan ubat, mengalami pengalaman aneh – kelibat seorang gadis perempuan yang menyebabkan Fatia trauma – seolah-olah dapat menyelami perasaan gadis itu. Fatia dapat merasakan ketakutan yang menyelubungi diri gadis tersebut,setiap detik yang dialami merungkai peristiwa yang telah berlaku di rumah itu. Keadaaan menjadi semakin genting apabila pistol berpeluru hidup hilang entah ke mana, masing-masing ketakutan dan berlaku pertelingkahan di atas wang yang dijumpai. Kekacauan yang menghantui Fatia merunsingkannya sehingga ia dapat mengetahui suatu rahsia – rahsia yang merungkai sebuah kebenaran. Apakah rahsia tersebut? Siapakah yang mendiami rumah itu? Apakah yang telah berlaku di situ?

Friday, April 15, 2011

AWAK NAK KENAL SAYA?

hello my fren~ rasanye aku tak penah lagi introduce diri aku kan? Haha! aku baru lagi dalam dunia blogging nih~ "AWAK NAK KENAL SAYA?" haha! aku sendiri pon takleh tahan tgk tajuk entry nih! Tp layan je la~

Test! test! okeh, tajuk entry da masuk.. (dah 2 kali aku ulang~) Name aku Mohd Zulkifli bin Yahya. Chewah, name penuh 2! Biasanye kwn2 aku panggil aku zul or jay/jerry (yg ni sorang due je yg panggil camni..) or elmo (yang ni fiera xiera yang panggil~haha!), family aku ngan jiran2 panggil aku angah je..tp ade 1 name yg aku takot giler nak dgr~ "Azol!" aku pon tak tau camne name ni blh melekat kat aku. Biasanya mak ayah aku je panggil..n nak tau time bile mak ayah aku panggil Azol? time diorang tgh marah! haha! Sbab 2 la aku takot. Kalo adik bradik aku yang panggil name camtu, alamatnye kena kaki la diorg! (mintak2 la adik bradik aku x baca post nih! :P)

tadaa~ this is me!

yg ni la kwn aku..chan (kiri) n boy (kanan)..
err..maafkan la atas perbuatan diorang~ ahaks!

Pergh! Nak bgtau name pon dah panjang gile! Aku ni pendiam sbnarnye, jgn salah paham~ hehe! Umo aku doploh lime thn. Aku ade sorang abg n 3 org adik (2 pmpuan + 1 laki). Still single availabe (Perlu ke aku mention benda nih? :P) Aku keje di Nationwide Express kat Shah Alam. Tp harus diingatkan yg keje aku bkn hantar2 barang! Aku keje sbg ICT Support kat sinun. Seronok keje kat sini, byk kawan yg aku dapat.. Setiap negeri ade woo~

ni la keje aku kat opis.. bukak mudah.my~ ahaks! kantoi~

Aku asal KL tp skrg aku menetap kat Meru, Klang (Umah family beb, jimat sket~ heh!) lgpon aku keje kat Shah Alam, so xde la jauh sgt aku nk ulang alik gi keje. Nasib baik la aku ade kwn baik kat sini, name die boy ngan shin chan~ Diorang ni kawan aku time study kat kolej dulu, kebetulan plak diorang dok kat Meru. Hehe! Hobi? Aku suke membaca, menulis, amik gambar, blogging (hobi baru~:P), ber-fesbuk, jalan2, kemas umah, surf tenet, tido, makan n tgk wayang. Aku pon x tau camne aku blh berkecimpung (pergh!) dlm dunie blogging nih. Ramai jugak kwn2 aku ade blog, aku pon dah lame nk wat blog, tp x tau nk letak ape dlm blog 2..haha! Memandangkn aku dah ade DSLR, aku rasa cukup la utk aku sumbat segala aktiviti aku dalam blog nih.

zzzZZZzzZZzz~~~



tu je la, nak tido la~ mak aku pon dah jerit suruh tutop lampu. Rase2 nk kenal aku, blh la visit blog ni slalu atau  add kat fesbuk aku. ape die? nk nmbr fon?? err..hehe!

oke, dengan ini aku amik kesempatan nak ucapkan SELAMAT MALAM!!





p/s: basuh kaki sblm tido! :P

Wednesday, April 13, 2011

Luahan Seorang Kawan~

Dlm idop kite ni ade 2 bnda yg kite takleh lari drp minda n pikiran kite, iaitu family n kawan. Kat situ la byk punca masalah korang berlaku. Bertekak ngan family smpai lari dr umah (bnda ni penah jd kat aku..tp skrg dah oke), bertekak ngan kwn2 smpai bergaduh bertumbuk (xpenah jd lg~ mintak2 la dijauhkn~~). Tp bnda2 camni la yg akan buat korang ingat smpai mati.


Smua org ade kwn, n aku percaye, ade yg masih tercarik2 kwn yg korang percaye smpai mati atau bahasa mudah, kwn karib (Aku dah jumpe, korang?). Bkn senang nk carik kwn yg btol2 blh kite percaye sbb bkn smua org ikhlas nk berkawn ngan kite. Ade ssetengah hamba Allah ni nk kwn utk kepentingan diorg je..


Penah x korang rasa bile ade kwn yg korang percaye sgt, tetibe je wat taik kat korang?. Panas hati bro..rasa mcm korang kena kencing je.. Tp selagi korang blh percaye kat kwn2, korang percaya la smpai mati. Bkn senang nk carik kwn yg btol2 blh same2 sudah senang. Susah gile nk jumpe~~


Conclusion-nye~ (Chewah~~).. Ape yg aku nk smpaikan kat sini, hargailah kwn yg ade kat sekeliling korg. Bkn susah nk hargai kwn, lepak minum ramai2 ngan kwn2 pon dah kire baek. Toksahla berkire sgt ngan duet ke..rokok ke.. Duet x mampu nk beli kwn~ Korang penah dengar ke kwn blh beli kat kedai2 runcit?? "bang, nk beli kawan sekilo.." xde kan? Ingat la, 1 hari nnit bile korang da tua, (mcm la aku ni tua sgt~~) dah x larat, bile dngar je kwn2 korang meninggal, ape yg korang pikir time 2? Memory ngan kwn2 taw! Aku pon blh trbayang camne la prasaan ak time 2. Ade ke korang tunjukkan pnghargaan korang kat kwn2? renung2kan la..


Tp yg penting, korang rasa hepy bile dok ngan kwn, dpt gelak sesame, mnangis sesame(jgn nangis dpan khalayak rmai~ malu beb..) Walaupon diorg brjauhan ngan korang, walaupon skejap je korang dpt jmpe, tp ingat la..byk pngalaman pahit manis yg korang kongsikan brsame dan kekal dlm memory korang..


Monday, April 11, 2011

PD Vacation~ (Day 2)


2nd day~ pagi2 dah mandi pantai..best gile~ mcm2 prangai ade~ siap ade "gadoh2" lg! dasyat~~

amik gbr rmai2 time check out..tgk la~ smue "sehat2" kn?? :|
mule2 plan nk balik je,pastu tetibe plak nk gi umah Kak Ema (btol ke name die ni?)..


pergh~ingatkan dkat je, jauh gile! kat Ulu Pilah rasenye..tp enjoy jgk la pasal dpt mkn free~ hehe! pastu dpt mancing kat kolam ikan ayah die.. siap main rakit lg 2~ dah mcm org asli ak tgk! ahaha!!agaknye dpt la 30 ekor kot~ (sembang letop) :P

   


otw balik~
  
 
 

smpai umah je dah nk dkat kul 10..mmg cantek la.. dgn x mandi lg, terus tido! mmg cantekkk~~~

p/s: cube korg tgk btol2~ gmbr ak xde langsung!! (T_T) asyik ak je yg amik gmbr org..huuuuuuu~~~

Rakan2ku