Tuesday, April 14, 2015

Jelajah : Wakaf Che Yeh (Part 1)

Woohooo! Baru pagi tadi aku sampai Kota Bharu, malam dah start jalan-jalan..hehe! Wakaf Che Yeh, lokasi pertama yang aku jelajah kat negeri Kelantan ni. Memang menarik tempat ni, ala-ala macam Uptown gitu..huhu! Yang menarik minat aku kat sini ialah ada gerai yang menjual barangan style lelong! wow! Banyak barangan yang dijual dengan harga yang murah, contohnya power bank, perfume, jam tangan dan banyak lagi. Aku memang suka cara diorang melelong barangan diorang. Makin lama makin murah! Harga start dari RM100 turun sampai RM40-RM50! siap bagi free gift lagi!

Monday, April 13, 2015

Outstation : Kota Bharu

Yuhuuuu..

After 2 weeks aku kat Kuala Terengganu, sekarang aku kat Kota Bharu pulak.. hehe! Aku akan berada kat sini selama 2 minggu then aku akan balik KL! So apa yang best kat sini ye? Mane tempat yang best untuk aku singgah? Apa makanan yang paling sedap kat sini? Hmmmm... tak sabar nak explore Kelantan ni!

So stay tuned! Aku akan update korang nanti ye!

Thursday, April 09, 2015

Funny Video : KL Gangster In English


Mesti korang pernah tengok filem KL Gangster kan? Tapi korang pernah tengok tak KL Gangster dialih bahasa? Hahaha! Bile tengok balik KL Gangster nih, tak tahu la celah mana gangster dia! Hahaha!

Funny Video : We Will Rock You!


Aku tak faham apa yang dia cakap! Aku pun tak tahu nak tulis apa dah! Asyik tergelak je! Hahahaha! Kalau berterusan macam ni, boleh putus urat woooo...

Mohon jangan ada comment racist kat sini..

Jelajah : Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Setelah dua minggu aku outstation kat sini, baru la boleh rasa jalan-jalan..adeh! Takpe la, janji ada jugak pengalaman aku jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni! Hehe! Aku rindu sangat nak mandi swimming pool, last time aku mandi swimming pool masa Family Day kat Awana Kijal bulan lepas. Bila aku surf internet pasal swimming pool kat area Kuala Terengganu, aku terkejut pasal tempat yang aku pergi ni dekat gila dengan rumah yang aku duduk! Cuma ambil masa dalam 10 minit je! What!? Kalau aku tahu dari awal, hari-hari aku pergi! hmmm.. nasib badan..

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, tu la tempat yang aku pergi kali ni. Memang best tempat ni, kawasan yang menghadap pantai.

Tuesday, April 07, 2015

Video : Jom Belajar Berenang!

Mesti ada antara korang yang tak tahu kan? Angkat tangan! errr.. kenapa aku pun angkat tangan sekali nih! hehe! Aku pun tak tahu berenang jugak.. baru nak belajar.. Jom kita tengok cara yang mudah untuk berenang!



Wallpaper : Demam Fast & Furious 7


Khas buat peminat Fast & Furious 7! Mesti demam Fast & Furious korang tak hilang lagi kan? So aku nak share dengan korang wallpaper HD Fast & Furious 7 yang super cool. Boleh la buat hiasan kat PC / Tablet korang tu.

Hmmm... Lepas tengok gambar-gambar ni, rasa macam nak pergi tengok movie ni lagi sekali pulak! Adehhhh..

Video : Apa Yang Terjadi Apabila Dragon Ball VS Marvel Superheroes?


Agak-agak korang kalau Dragon Ball bertemu Marvel Superheroes, geng mana yang akan menang? Dragon Ball atau Marvel Superheroes? Jom kita saksikan video ni!

Video : Babak Terakhir Fast & Furious 7


Warning! Bagi sesiapa yang belum tengok Fast & Furious 7 kat panggung wayang, sila ke page yang lain sebab maybe lepas korang tengok video ni, akan spoil-kan mood korang nak tengok cerita ni! Hahaha!

Monday, April 06, 2015

Kereta Proton Baru 2015 Dilancarkan Bulan Ini


Dengan rasa bangganya Proton telah mengeluarkan model terbaru mereka. Kereta berkonsepkan sedan ini seakan-akan sama dengan Proton Preve. Tetapi terdapat beberapa kelainan pada model ini iaitu pada pintu hadapan pemandu dan penumpang.

Video : Proses Telur Menjadi Ayam

Pernah tak korang terlintas nak tau macam mana proses dari telur menjadi ayam? Aku pun tak pernah terlintas langsung di pikiran hotak aku ni until aku jumpa video ni dalam youtube!

Subhanallah~ Besar sungguh kebesaran Allah..


Video : Lagu Terbaik Sepanjang Abad! Ughhhhhh

Saksikan dan hayati lagu yang  menyayat hati dari kak Mah dan aku pasti korang takkan dapat tidur nyenyak malam ni! wakakakakakaka!


Sunday, April 05, 2015

Nahas Helikopter : Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis dan 5 orang lagi Terbunuh


Tan Sri Dr. Jamalduin & 5 orang lagi terbunuh dalam nahas helipoter di Semenyih, Kajang semalam. 
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat mayat terakhir yang dibawa keluar dari lokasi nahas di Jalan Sungai Lalang adalah pada jam 8.15 malam.

Video : Khas Buat Selfie Maniac

Selife korang ni biasa2 je.. Nak lagi extreme? Nah amik! Selfie Shoes! errr...what!? ughhhh...


Saturday, April 04, 2015

AI Teknologi : Jibo


Pernah tak korang dengar pasal Jibo? Jibo ni teknologi AI yang baru. Memang superb beb! Dia dapat berinteraksi dengan orang dan dapat mengenal pasti identiti orang dengan mengecam suara dan wajah orang tu!

Thursday, April 02, 2015

Bermain Pacman di Google Maps!

Korang boring tak sekarang ni? Jom kita main games pacman! tak payah beli/download, just buka Google Maps je then korang boleh main game Pacman. Memang Seronok!




Civic Type-R 2015


Siapa peminat Honda kat sini? Put your hands in the air! Hehe! Tahun ni akan muncul model Honda Civic yang terbaru. Tak sabar pulak nak tunggu kereta ni launching! Tapi jangan harap la aku nak beli kereta ni pasal confirm harga dia macam (*@(*^(*^$!! Tapi aku dah berazam nak beli kereta Honda Civic FD.. Civic FD 1.8 pun jadi la..hehe! Harap2 dapat beli tahun ni jugak.. Susah nak bergerak kalau takde kereta sendiri.. Sekarang ni aku pakai motor je, kadang2 pinjam la jugak kereta wife aku..

Kereta ni memang superb! Dengan kuasa enjin 2.0 VTEC turbo! perghhh! dah la VTEC, siap ada turbo lagi. Kereta ni boleh mencapai kelajuan sehingga 270 km/h! Wow! Tapi laju2 pun nak pergi mane? Korang bawak laju sikit confirm kena saman spedtrap! Kat Malaysia ni bersepah kamera AES! Haha!

Wallpaper : Batman Collections!

Hye guys! Last time aku ada belanja wallpaper pasal The Avengers 2 kan? Kali ni aku nak belanja wallpaper Batman yang super awesome jugak! Aku sendiri pun pening bila nak pilih wallpaper untuk macbook aku nih.. Tapi kalau korang tak minat Batman, korang boleh cari wallpaper lain di http://ipapers.co


Jelajah : Masjid Kristal Terengganu

Hye! Saiapa dah pernah pergi ke Masjid Kristal? Memang lawa beb! Bangga aku jadi orang Malaysia! hehe! Masjid ni terletak kat Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Struktur binaannya memang awesome! Tak sia2 aku outstation + jalan2 kat Kuala Terengganu ni! hehe!

Difahamkan, Masjid Kristal ni memang ramai orang kunjung terutama waktu cuti. Tapi aku datang waktu kerja, so tak nampak la ramai sangat orang. Punya la excited tengok masjid ni, aku boleh lupa nak amik gambar pulak! Sedihhhhh... Tapi takpe, pakcik Google kan ada.. Hehe! Terima kasih pakcik Google!

Rakyat Mampus Tanpa GST!?

What the hell man? Lancang sungguh mulut anda berkata-kata.. Mesti time kecik2 mak dia tak bagi makan cili! Berita selanjutnya tekan sini.


p/s: cakap siang pandang2, cakap malam dengar2~

Demam Avengers : Age Of Ultron


Hye guys! Hehe! aku takde nak cerita apa2 pasal movie ni pon. Tapi aku memang huge fans dengan Iron Man! kat umah aku penuh dengan patung Iron Man.. errr.. bukan tu yang aku nak cerita sekarang.. Aku tengah cari wallpaper Avengers dan aku jumpa wallpaper collection yang super cool!

Tak best la kalau tak kongsi sama2 kan? So meh aku belanja korang dengan wallpaper2 yang aku dah download. Korang nak copy kat sini pun boleh, kat website tu pun boleh. Ikut suka korang la! Tapi wallpaper ni memang khas untuk Apple user. Ada banyak choice, wallpaper untuk Macbook, ipad dengan iphone pun ada! http://ipapers.co

Tuesday, March 31, 2015

GST!??


Hari ni je ramai orang update kat Facebook, Twitter, Instagram dan sewaktu dengannya pasal GST nih! Dalam kurang dari 24jam, kita akan dibebani dengan sistem cukai yang bagi aku memang tak munasabah! Apa yang kerajaan fikir sekarang ni ya? Mana janji kerajaan nak meringankan beban rakyat? Just bagi BR1M je? Ingat BR1M tu berbaloi ke?

Monday, March 30, 2015

Outstation: Kuala Terengganu

Assalamualaikum..

Baru dua minggu lepas aku pergi Terengganu, sekarang aku ada kat Terengganu lagi. Tapi aku pegi Kuala Terengganu pulak. Bukan untuk bercuti tapi kerja outstation.. Hehe! 

Dah lame rasanya aku tak keluar outstation, sejak kena quarantine kat opis! haha! Memang excited la beb!


Tak ada apa yang best sangat kat sini, tapi aku akan tunjukkan kat korang tempat menarik yang aku akan pergi. So stay tune and I’ll be right back!

Dah pukul 5 pagi! Aku pun baru je sampai KT. Penatnye!!!
Tido dulu guys!

Monday, March 23, 2015

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (Last Day)

Last day, pagi ni ceria je sebab mood dapat grand prize masih terasa lagi.. Chewahhhhh! Tak banyak yang aku buat hari ni pasal tengah hari nanti nak check out dah. Just breakfast then pergi mandi pool.


Lastly, aku nak ucapkan terima kasih pada company aku sebab anjurkan family day yang aku rasa paling best aku pernah join! Serius!! haha! thanks jugak kat bos2 aku sebab diorang memang sporting beb! Kami warga Technical Support memang betul2 enjoy dengan family day kali ni.



Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (2nd day)


2nd day.. Pagi ni nasib baik tak terlewat nak pergi breakfast. Biasa la, penat main funfair malam tadi. TAPI…. korang jangan ingat hadiah tu je yang aku dapat! hehe! kalau korang nak tengok aku dapat apa lagi, meh aku jamu korang dengan gambar lagi. Tengok la korang dengan gambar2 ni sampai muntah! hahaha!

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (1st day)

Hey guys! Uhuk uhuk! apsal berhabuk sangat blog nih!? ish3! 
sorry guys.. dah lame sangat aku x update blog nih.. dulu dah janji nak update, tapi baru sekarang aku update. Ehem! Memandangkan aku dah ade laptop baru, so makin bersemangat la aku nak update blog! Hehe!

Minggu lepas (14 March - 16 March) aku ade pegi Family Day anjuran company aku, memang happening babe! Tak sia-sia aku pegi..hehe! Siap ada funfair tu! Hehe! banyak hadiah yang aku dapat.

Tahun ni company aku buat family day kat Awana Kijal Kemaman, Terengganu. Memang letih drive kereta! hmmm… Kalau tahun lepas company buat kat Melaka, so takde la rasa jauh sangat. takpe la, at least aku boleh bawak wife aku jalan2. Dah lama rasanya kitorang tak keluar jalan2..


Takde gambar la pulak nak belanje korang! haha! Just ada gambar hadiah funfair je.. jadi la kan daripada takde.. haha!


Breakfast dulu sebelum bertolak..hehe! Lokasi BHP Gombak.



malam funfair! woohoooo!

Rakan2ku