Tuesday, May 31, 2011

Majlis Perpisahan~

Mood: Sedih~ :(

Thanks pada rakan2 ICT sebab buat farewell untuk aku siang tadi. Appreciate sangat! Nanti ade masa kita keluar makan ramai2 lagi k~ Tapi tak tau la bila.. Aku dah bawak DSLR untuk majlis farewell nih, tapi....... aku tertinggal plak DSLR tu kat opis! adeh!! Terpaksa la aku amik gambar pakai henpon! Bile aku transfer je kat PC, semua gambar macam haram!! Takde satu pon yang elok! Sedih gile la.. Tak dapat aku tangkap "memori indah" time tu!

Tapi takpe, korang semua kekal dalam "hardisk" dalam kepala aku nih! Aku akan pastikan takde satu "virus" pon yang boleh meng-corrupt-kan semua memori nih! Chewah! Biasa la~ budak IT, mesti la cakap bahasa IT! haha!!

Kitorang makan kat Waikiki Cafe, Plaza Alam Sentral.. Makan chicken chop ngan lamb chop. Ok jugak la makanan diorang.. Harga pon berpatutan tapi lamb chop dia liat sket, Kak Fiza ngan Helmi sampai lenguh tangan nak potong daging kambing tu! Haha!

Err.. walaupon kualiti gambar tersangat-sangat-sangat-sangat-sangat la teruk, tapi aku upload jugak la! Apedehal~~ ^_^
Err~ gambar ni aku amik kat pakcik Google.. Ahaks!

Ni la Amer! Dia ni ganti keje aku..


Potong la daging tu Helmi oii~ Haha!!


Mulut paling becok kat Nationwide! Time makan ni pon Kak Jiha nak membebel pasal aku! (-_-)"




p/s: Terkilan pasal aku tak dapat jumpa ramai orang buat kali terakhir pasal semua dah balik awal! (T_T)"

Monday, May 30, 2011

Last Day~ :'(

Esok adalah hari terakhir aku kat Nationwide Express. Fuhh~ berdebar pulak rasanya! Pada sape2 yang tak tau lagi, aku akan start keje kat KL pulak~ International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies. Tu la nama company baru aku! Nama company pon dah wat lidah aku tergeliat! adeh!



Aku harap sangat aku dapat survive hidup kat KL tu. Eleh~ macam la aku tak penah dok kat KL~ (ceh! berlagak la plak!) Ape2 pon, aku harap sangat yang aku dapat sesuaikan diri dalam suasana keje yang baru dan aku hepy keje macam keje aku kat Nationwide nih! Seronok gile keje kat Nationwide, aku dapat ramai kawan baru, dapat gelak ketawa hari2, ramai yang caring, ramai yang bagi tunjuk ajar, and banyak aktiviti2 luar yang kitorang dapat buat!

Aku bukan taknak stay kat Nationwide, tapi dah sampai masanye aku carik pengalaman yang baru, gaji yang lebih sedap, boleh la aku kumpul duit nak kawen nanti! Haha! Berangan je lebih!!

Aku nak ucapkan ribuan terima kaseh pada Miss Lim Saw Nee | Kak Nor | Kak Jiha | Kak Fiza | Akmal | Helmi | Eddie | Krishna | Stephanie | PuteriNazmi | Abg Azizul | Taufik Credit | Abg Mizal | Nick | Azri | Mizi | Kak Anne | dan semua rakan2 sebab banyak membantu aku dalam urusan kerja, menyokong aku dari belakang dan buat aku seronok keje kat sini!

Kepada Mazran & Amer: Segala tugas & tanggungjawab aku serahkan pada korang, aku dah tak boleh nak uruskan lagi. Ape2 hal, blh call aku.

Kepada rakan2 seperjuangan, nanti ada masa kita jumpa lagi! Jangan lupakan aku! Kalau ade aktiviti ape2, roger2 la aku! Kenang daku dalam doamu~ :'(

Kenangan bersama rakan2 Nationwide:





Sunday, May 29, 2011

Trip To Temerloh~

Err.. sory la lama gila aku tak update blog nih~ Busy sket la.. Banyak benda nak kena uruskan, dengan persiapan untuk kerja baru lagi, nak hand over kerja lama lagi.. ops! bukan tu yang aku nak cerita sekarang nih! Yang tu aku akan cerita lain kali.. ok2! Story begins now~

Lama jugak aku tak jejakkan kaki kat negeri Pahang! Akhirnya sampai jugak aku kat sini.. Kenapa aku pergi Temerloh? Ada apa kat sana? Haaaa~~ Ada kawan aku a.k.a staff Nationwide kahwin name die Wan Marlini a.k.a Lin.. so aku dengan staff Nationwide yang lain (Semua staff sales dept, aku sorang je yang sesat! Haha!!) pon terjah la ke majlis kahwin dia~ kitorang plan nak berkumpul kat rumah Nick pukul 9, tapi time sampai, dia tak mandi lagi!! WTH!! 1 keje lagi nak menunggu dia siap~ adeh! (-_-)"



Antara mangsa-mangsa akibat kelewatan Nick!

Pukul 10.30: Kitorang sampai kat Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu 2 kereta lagi (Kak Aisha dengan Family Kak Tasha). Si Nick boleh pulak ungkit pasal game M.U malam tadi! Hampeh betul!! At least M.U dapat jugak masuk final rite??

Sempat lagi amik gambar kat tol!

Pukul 12.00 (lebih kurang la~): Sampai jugak kitorang kat umah Lin, nak kata dalam sangat rumah dia, tak la sangat tapi jalan sempit sikit la~ Kitorang sampai je kat sana, terus ada bunyik kompang! Memang tepat pada masanya~ Haha!
err.. cuaca kat Temerloh memang panas ekh!?? (-_-)"


haa~ ni la Lin~ Selamat pengatin baru!! :)



Sempat lagi bergambar dengan pengantin baru~ haha!


Main-main kat pelamin pulak dah~ Habis la roboh pelamin tu!!!


Antara barang hantaran yang sempat aku snap!


Ape lagi! makan dah, tengok pengantin pon dah~ Balik la!! ahaks!





p/s: to Lin, tahniah! semoga berbahagia hingga ke anak cucu! :)

Wednesday, May 04, 2011

I Got Earnings From Nuffnang! ^_^

Mood: excited! ^_^


Hehe! sory la aku excited sket pasal nuffnang nih! Maybe korang dah banayk kali dapat payment, tapi ni la first time aku dapat walaupun belum cukup + sampai ke tangan lagi. Aku rasa dah hampir sebulan aku tengok kat akaun nuffnang aku, earnings aku asyik ada "telur" je a.k.a RM0.00. Rasa macam tertipu pun ade~ isk! Tapi siang tadi aku terkezut sket pasal earnings aku ade perubahan walaupun tersangat sangat sangat sangat sangat sedikit gile. Tapi aku berpuas hati pasal aku yakin yang aku pasti akan dapat lebih lagi lepas ni. Hehe!

Mood berubah: Semangat berkobar-kobar!

Walaupun aku masih lagi tak dapat campaign advertisment lagi, tapi tunggu la satu hari nanti. Aku mesti dapat punya la! Hmm.. agak-agak korang bila la CPC ni nak bertukar jadi CPM ekh?? penat jugak nak menunggu nih! =_="





p/s: jangan nak gelak pasal amount yang ade kat earning aku okey~ btw, thanks atas sokongan korang semua! ^_^

Tuesday, May 03, 2011

Seru - Serukan Namaku, Bangkitkan Jasadku~

mood: menggigil~

Petang tadi baru lepas tgk wayang ngan Didi, aku ingat nak tengok movie Fast & Furious 5, tp wayang full pulak~ adeh! Terpaksa la aku tengok 2nd option, movie seram~ SERU~ overall, movie ni memang best, tak macam cerita seram yang aku tengok sebelum nih! klik sini.

Dari intro sampai la ending, memang puas hati..suspen jugak~ tak silap aku pengarah dia Pierre Andre. Movie ni mengigatkan aku pasal movie Exorcism dan Saw. Tapi tak la ganas sangat macam movie Saw! Kalau korang nak tengok cerita seram, aku suggest tengok la cerita ni. Aku bagi 4 bintang la~ ahaks! Tapi aku tak paham function pelakon time intro dia tu - Awal Ashaari, Nora Danish ngan Pierre Andre. Diorang berlakon sekejap aje. hmmm~~ Apedehal~~ Layan je la!



Sinopsis movie SERU: Cerita ini mengisahkan tentang sebuah produksi yang sedang membuat satu penggambaran. Semasa penggambaran berlangsung, terjadi pelbagai kejadian aneh dan histeria sehingga berlakunya pembunuhan. Bermula dengan penolong pengarah (Sari) yang diserang histeria semasa penggambaran sedang berlangsung, diikuti oleh jurumekap (Julia) yang menjerit lalu rebah apabila bekalan elektrik terputus. Julia bangun dan terus menuju ke hutan dan menghilangkan diri.

Juru kemera Sham dan Tony diarahkan ke hutan untuk mencari Julia. Pengarah (Sam) telah menghentikan penggambaran dan mengarahkan krew-krew pulang ke tempat berkumpul mereka untuk mengelakkan situasi menjadi lebih buruk. Penerbit (Lina) mengarahkan agar Sari dibawa mendapatkan rawatan di hospital. Selepas Sari dibawa pergi, satu demi satu pembunuhan berlaku yang menyebabkan keadaan menjadi tidak terkawal. Semua siri pembunuhan itu adalah disebabkan oleh sepasang suami isteri yang tidak dapat menerima kematian anak dan cucu mereka. Dan krew yang terlibat dalam penggambaran tersebut, terutamnaya Sari digunakan sebagai alat untuk mendapatkan kembali anak dan cucu.




p/s: lepas ni sape nak tengok movie Fast & Furious ngan aku? :P

Rakan2ku