Monday, August 08, 2011

Pemergian Pak Lang~ :'(

Hari rabu lepas aku dikejutkan dengan pemergian Pak Lang. Pak Lang dah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Siapa sangka baru je bulan lepas aku bercakap dengan dia melalui telefon, dia tanya pasal problem PC dia, last2 dia pergi sebelum aku sempat repair PC dia.

Kami sekeluarga pon cepat2 bertolak ke Arau, Perlis. Memang tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir sebab arwah dikebumikan waktu Zohor, sama dengan masa kami kami sekeluarga bertolak. Tapi at least kami dapat jenguk keluarga arwah.

Arwah memang baik. Dia la orang harapan sebab dia la yang menjaga atuk dan nenek aku yang tengah sakit sekarang ni. Arwah meninggal dunia pasal darah tinggi.


p/s: sama2 la kita bacakan al-Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Amin~

2 comments :

Efrine Qaisara said...

Al fatihah.. Semoga rohnya dicucuri rahmat..

Anonymous said...

kau memang tangguh kan kerja tu kan dari nw lagi ;p

Rakan2ku