Sunday, July 17, 2011

Pencarian Berakhir!

Mood: Lega~

Alhamdulillah~ akhirnya aku dapat jugak mencari bilik sewa yang betul2 puas hati. Hehe! Aku dapat bilik kat area Ampang, so memang dekat sangat la dengan opis aku.. ^_^

Lepas ni takde la penat sangat bile balik keje.. -,-" Tapi aku start pindah time bulan puasa~ Hmm.. Maybe hari ke-3 baru aku start duduk sana pasal aku nak bukak puasa ngan family dulu. Anyway, sekarang ni aku dah tak payah pening2 nak carik bilik sewa lagi. Lega~~



p/s: mission accomplished!! \(^_^)/

Wednesday, July 13, 2011

10 Persoalan

Assalamualaikum wbt,

Entri yang lepas, aku dah bagi korang berfikir kan?? Kali ni aku nak tambah lagi~ Kekeke! Bila aku baca je, mesti aku terfikir jugak. Kenapa la aku tak pernah terfikir benda2 camni?? haha!

Tiba masa untuk korang pening pulak! (^_^)V Peace!!




p/s: 10 soalan je kowt~ jangan pening2 ekh.. Kekeke!!

Monday, July 11, 2011

13 Perkara Yang Kita Tak Perasan

Assalamualaikum wbt.

Kadangkala, dalam kita mengharungi kehidupan seharian, ada beberapa perkara yang kita tak perasan berlaku di sekeliling kita. Ada waktunya kita cuma perasan apabila ia dah tak ada di depan mata. Sesuatu yang kita tak perasan atau tak terfikir langsung.

1. Sekurang-kurangnya ada lima orang dalam dunia ini menyayangi kita dan sanggup mati kerana kita. Atau menyayangi kita dalam beberapa cara.

2. Sebab utama seseorang membenci kita adalah kerana dia ingin menjadi seperti kita.

3. Senyuman daripada kita boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tak menyukai kita.

4. Setiap malam, ada seseorang mengingati kita sebelum dia tidur.

5. Kita amat bermakna dalam hidup seseorang.

6. Kalau bukan kerana kita, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.

7. Kita seorang yang istimewa dan unik pada mata seseorang.

8. Seseorang yang kita tak ketahui menyayangi kita.

9. Apabila kita membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah di sebaliknya.

10. Sekiranya kita merasakan dipinggirkan, fikirlah semula mungkin kita yang meminggirkan mereka.

11. Apabila kita terfikir yang kita tak punyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang kita ingini, mungkin kita tak akan memperolehnya, tetapi sekiranya kita percaya pada diri sendiri lambat laun kita akan berjaya memilikinya.

12. Jangan takut untuk meluahkan perasaan kita sendiri. Kita akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya.

13. Sekiranya kita mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya bahawa dia adalah yang terbaik.

You are not alone~ Renung2kan~ ^_^

Monday, July 04, 2011

Glorious Sunday~ :)

Mood: mate kuyu~ nk sambung tido.. -,-
Lokasi: Opis~

Malasnye nak wat keje.. boleh tak aku MC hari ni? hehe! OK2! Back to the story, banyak betul aktiviti aku semalam, nasib baik mak aku tak membebel.. Haha! Pagi semalam aku gi majlis pelancaran kedai komputer kawan a.k.a sifu aku. Ah Ling~ Bangga betol aku bila tengok die dah berjaya.. :) Dulu aku pernah kerja kat kedai komputer kat Klang selama dua tahun. Ah Ling la yang banyak ajar aku pasal komputer. tenkiu2~

kalau korang nak beli barang komputer atau PC korang rosak, boleh la datang ke kedai ni.

Petang plak~ hehehehehe! Hangout bebeh! For the 1st time aku keluar tengok wayang dengan Staff Nationwide Old Office and~~ Huda. :) Kitorang tengok citer Transformers kat OU. Lepas tengok wayang, kitorang gi makan kat Uptown lama pastu baru gerak gi Uptown Damansara sebab aku nak beli jam. Tapi rezeki aku takde malam tu~ -,-" Takpe la, yang penting aku hepy sangat hangout masa 2~ :P



Nak dijadikan citer, (saje je aku nak citer, nak bg post aku ni panjang sket! haha!) lepas tengok wayang je, ade satu "peristiwa" yang buat aku rasa nak berubah. Rasa segan sangat time tu. Ha?? nak tau ape? rahsie~~ Hehe!!!!






p/s: Sory! takde gambar yang aku dapat tangkap pasal aku tak bawak kamera da~

Rakan2ku