Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Jelajah : Wakaf Che Yeh (Part 1)

Woohooo! Baru pagi tadi aku sampai Kota Bharu, malam dah start jalan-jalan..hehe! Wakaf Che Yeh, lokasi pertama yang aku jelajah kat negeri Kelantan ni. Memang menarik tempat ni, ala-ala macam Uptown gitu..huhu! Yang menarik minat aku kat sini ialah ada gerai yang menjual barangan style lelong! wow! Banyak barangan yang dijual dengan harga yang murah, contohnya power bank, perfume, jam tangan dan banyak lagi. Aku memang suka cara diorang melelong barangan diorang. Makin lama makin murah! Harga start dari RM100 turun sampai RM40-RM50! siap bagi free gift lagi!

Monday, April 13, 2015

Outstation : Kota Bharu

Yuhuuuu..

After 2 weeks aku kat Kuala Terengganu, sekarang aku kat Kota Bharu pulak.. hehe! Aku akan berada kat sini selama 2 minggu then aku akan balik KL! So apa yang best kat sini ye? Mane tempat yang best untuk aku singgah? Apa makanan yang paling sedap kat sini? Hmmmm... tak sabar nak explore Kelantan ni!

So stay tuned! Aku akan update korang nanti ye!

Thursday, April 09, 2015

Jelajah : Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Setelah dua minggu aku outstation kat sini, baru la boleh rasa jalan-jalan..adeh! Takpe la, janji ada jugak pengalaman aku jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni! Hehe! Aku rindu sangat nak mandi swimming pool, last time aku mandi swimming pool masa Family Day kat Awana Kijal bulan lepas. Bila aku surf internet pasal swimming pool kat area Kuala Terengganu, aku terkejut pasal tempat yang aku pergi ni dekat gila dengan rumah yang aku duduk! Cuma ambil masa dalam 10 minit je! What!? Kalau aku tahu dari awal, hari-hari aku pergi! hmmm.. nasib badan..

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, tu la tempat yang aku pergi kali ni. Memang best tempat ni, kawasan yang menghadap pantai.

Thursday, April 02, 2015

Jelajah : Masjid Kristal Terengganu

Hye! Saiapa dah pernah pergi ke Masjid Kristal? Memang lawa beb! Bangga aku jadi orang Malaysia! hehe! Masjid ni terletak kat Pulau Wan Man di Kuala Terengganu. Struktur binaannya memang awesome! Tak sia2 aku outstation + jalan2 kat Kuala Terengganu ni! hehe!

Difahamkan, Masjid Kristal ni memang ramai orang kunjung terutama waktu cuti. Tapi aku datang waktu kerja, so tak nampak la ramai sangat orang. Punya la excited tengok masjid ni, aku boleh lupa nak amik gambar pulak! Sedihhhhh... Tapi takpe, pakcik Google kan ada.. Hehe! Terima kasih pakcik Google!

Monday, March 30, 2015

Outstation: Kuala Terengganu

Assalamualaikum..

Baru dua minggu lepas aku pergi Terengganu, sekarang aku ada kat Terengganu lagi. Tapi aku pegi Kuala Terengganu pulak. Bukan untuk bercuti tapi kerja outstation.. Hehe! 

Dah lame rasanya aku tak keluar outstation, sejak kena quarantine kat opis! haha! Memang excited la beb!


Tak ada apa yang best sangat kat sini, tapi aku akan tunjukkan kat korang tempat menarik yang aku akan pergi. So stay tune and I’ll be right back!

Dah pukul 5 pagi! Aku pun baru je sampai KT. Penatnye!!!
Tido dulu guys!

Monday, March 23, 2015

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (Last Day)

Last day, pagi ni ceria je sebab mood dapat grand prize masih terasa lagi.. Chewahhhhh! Tak banyak yang aku buat hari ni pasal tengah hari nanti nak check out dah. Just breakfast then pergi mandi pool.


Lastly, aku nak ucapkan terima kasih pada company aku sebab anjurkan family day yang aku rasa paling best aku pernah join! Serius!! haha! thanks jugak kat bos2 aku sebab diorang memang sporting beb! Kami warga Technical Support memang betul2 enjoy dengan family day kali ni.



Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (2nd day)


2nd day.. Pagi ni nasib baik tak terlewat nak pergi breakfast. Biasa la, penat main funfair malam tadi. TAPI…. korang jangan ingat hadiah tu je yang aku dapat! hehe! kalau korang nak tengok aku dapat apa lagi, meh aku jamu korang dengan gambar lagi. Tengok la korang dengan gambar2 ni sampai muntah! hahaha!

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (1st day)

Hey guys! Uhuk uhuk! apsal berhabuk sangat blog nih!? ish3! 
sorry guys.. dah lame sangat aku x update blog nih.. dulu dah janji nak update, tapi baru sekarang aku update. Ehem! Memandangkan aku dah ade laptop baru, so makin bersemangat la aku nak update blog! Hehe!

Minggu lepas (14 March - 16 March) aku ade pegi Family Day anjuran company aku, memang happening babe! Tak sia-sia aku pegi..hehe! Siap ada funfair tu! Hehe! banyak hadiah yang aku dapat.

Tahun ni company aku buat family day kat Awana Kijal Kemaman, Terengganu. Memang letih drive kereta! hmmm… Kalau tahun lepas company buat kat Melaka, so takde la rasa jauh sangat. takpe la, at least aku boleh bawak wife aku jalan2. Dah lama rasanya kitorang tak keluar jalan2..


Takde gambar la pulak nak belanje korang! haha! Just ada gambar hadiah funfair je.. jadi la kan daripada takde.. haha!


Breakfast dulu sebelum bertolak..hehe! Lokasi BHP Gombak.



malam funfair! woohoooo!

Sunday, March 30, 2014

Jelajah Sabah Sarawak

Hi guys!

For your information, aku dah ada kat Sabah skrg..hehehehe! Aku ada urusan keje kat sini selama 40 hari..fuh! Syok gile dpt jalan2.. Jalan2 or keje? Hmmm.. Prinsip aku kalau nak seronok bekerja, ikut cara aku ni.. "Berjalan sambil bekerja".. Bukannye "bekerja sambil berjalan" taw.. Hehe! Nampak mcm same je kan? Tp lain sebenarnye.. Kekekeke!

Aku bkn nak cite pasal tu.. Tp aku nak cite kat korang how exciting I am..hehe! Today is my 1st day at Sandakan, Sabah. Keje aku ni kena banyak bergerak, pasni aku nak kena g Kota Kinabatangan, Kunak, Semporna and last sekali Tawau. Pastu aku akan bergerak ke Sarawak pulak. Hehe!

Sory la.. X byk gambar yg aku blh share pasal DSLR aku dah lame rosak! Hmmm.. Wish I can have new one. Errr.. Nnti aku snap pkai handphone ekh..hehe!


Thursday, September 20, 2012

Maybank - Legoland Blogger Contest


Haaa.. satu lagi contest khas untuk bloggers. Sape nak pegi Legoland, Canada Jay Bee? Maybank telah mengadakan satu contest dimana korang hanya perlu buat satu post "Why Maybank should give me tickets to Legoland". Korang berpeluang untuk menang sepasang tiket musim ke Legoland! Sape nak bagi free weh~ ni je la chance korang.. Ape tunggu lagi?

Ops! Sebelum terlupa. Korang hanya dibenarkan menggunakan ayat sahaja. That's mean korang tak dibenarkan untuk meletakkan sebarang video atau gambar pada post korang tu. Ni sebab diorang taknak gambar / video tu lagi menarik daripada post korang~ Hehe!

Ape2 pon, korang boleh dapatkan lebih info kat sini.

Saturday, June 18, 2011

Wayang Free Anjuran Microsoft~

Mood: Letih + hepy~ ^_^



Assalamualaikum~

FYI, aku baru je tengok wayang free tadi. Anjuran Microsoft! Hehe! Thanks la kat Helmi ngan Zameer pasal ajak aku tengok wayang sekali~ Tak lupa juga kat Microsoft. Mekaseh la yer~ Kitorang tengok movie X-Men : First Class.. Walaupun movie ni dah berminggu2 kat wayang, tapi aku belum tengok lagi~ (Nampak sangat aku dah lama tak tengok wayang~ -,-") Memang rezeki aku la nih! Hehehe!! Bukan aje ade movie free, tapi ade makan free lagi! Fuh~ kenyang perut aku! Kitorang kena redeem tiket pukul 6.30 petang tapi movie start pukul 9 malam! WTH!?? Lame gile kena tunggu! Nasib baik diorang ade sediakan makan2 sekali~ Hmm..


sory~ gambar blur sket.. amik pakai henpon je~ -,-

Lepas tengok wayang, aku ajak Nurul Huda lepak minum..Dalam pukul 11 lebih camtu la~ Ehem! Lama tak jumpa adik si Helmi ni haa~ hehe!! Nanti kalau ade masa, aku cerita pasal cik adik manis ni ye~ ahaks! Memang pack jadual aku hari nih. Keluar rumah pukul 7.30 pagi, balik pukul 1.30 pagi! Haish! Nasib baik mak aku dah tido, kalau tak, memang merah la telinga aku kena bebel ngan mak aku~ Isk!

Sunday, June 12, 2011

Ekspedisi Gunung Nuang

Mood: Penat + sakit2 badan + baru bangun tido (~_~)


Pergh! dah lame berehat pon still rasa sakit2 badan lagi..hmmm~ (-,-)" Kaki aku dah bengkak2, semuanya gara2 pegi mendaki Gunung Nuang! Tapi memang best! Hehe! Bukan selalu dapat join aktiviti2 camni. Kitorang pegi semalam (Sabtu, 11 jun). Walaupun jumlah peserta hanyalah 10 orang, tapi happening tak ingat! Thanks to Kak Nor sebab organize aktiviti2 camni.

Kitorang berkumpul kat opis kitorang diorang pukul 5.30 pagi tapi aku lambat sikit sampai! haha! Gunung Nuang ni terletak kat Hulu Langat. Agak terpencil sebenarnya sebab terpaksa melalui kawasan kampung & ada jugak kawasan orang asli. Kitorang bertolak dari Shah Alam ke Gunung Nuang pada pukul 6 lebih~ Lebih kurang camtu la & sampai sana lebih kurang pukul 7.



Bersiap sedia nak mendaki





Time awal2 mendaki, semua excited! bile dah tengah2, hurm~~ (-,-)

Ade jugak umah orang asli kat gunung ni ekh~


Berehat kejap sebelum meneruskan perjalanan




Kalau korang sukakan cabaran, korang memang patut pegi kat sini


Kat kem Pacat, tengah tunggu yang lain sampai. Lambat pulak diorang ni naik~ Isk!

Pak Cik Along tengah me-repair kaki Kak Nor yang dah cramp! Isk!



Kem Pacat.. Err.. kenapa nama kem ni pacat??

 Memang cukup mencabar aktiviti kali ni! Kitorang start mendaki pukul 7.30 pagi, turun balik sampai ke kaki gunung, pukul 7.30 mlm! 12 jam!!! yeah! Aku macam dah nak separuh mati time tu! Adeh! Kat gunung ni ade 3 kem, kem Lolo, kem Pacat & kem Pengasih. Kitorang hanya sampai ke Kem Pacat je, tak sampai ke puncak atas sebab2 tertentu. Bayangkan la kalau kitorang mendaki sampai ke puncak, pukul berapa kitorang nak balik nanti? Isk!



  
Yeah! Ni la yang aku tunggu2, mandi sungai! Hehe! Setelah penat mendaki, kitorang turun ke kem Lolo untuk mandi! Memang sejuk beb! Aku ni dah la tak tahan sejuk tapi dah lama aku tak mandi sungai, so apedehal~ Bedal je la! Haha!



Sampai kaki gunung pukul 7.30 mlm, tapi sebelum balik kitorang gi makan dulu kat area situ jugak. Sampai umah je terus tido! Memang dah tak larat langsung! Adeh! Ok la~ aku nak sambung tido lagi! Kekekekeke!!

Tuesday, June 07, 2011

Engagement Ceremony: Epin & Zura

Yeah! Finally I'm home!! Penatnye~ adeh! Dah 3 hari 3 malam aku tak balik umah~ Sakit telinga aku dengar mak aku membebel tadi.. -,-" For your information, aku pegi Batu Pahat last weekend! Kenapa aku pegi sana? Haaa~~ Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah buat 2 kawan baik aku, Epin & Zura yang selamat melangsungkan majlis kawen pertunangan sabtu lepas (4 June 2011). Sebab tu la aku pegi Batu Pahat! Hehe!!



Ramai sangat kawan aku pegi majlis ni, ade Shin Chan, Wak, Epul, Nieda dan ramai lagi. Tapi aku gerak sana dengan Chan & Epin je! Yang lain dah sampai sana. Walaupun ade beberapa insiden yang terjadi sebelum majlis, tapi Alhamdulillah semuanya dah selesai.

Aku malas la nak membebel panjang2, korang tengok je la gambar nih!



Ready nak masuk ke rumah pihak perempuan~



Nape takde balas2 pantun2 pon?? Isk~




Dapat jugak aku masuk ke bilik pompuan~ Haha!!


Scene menyarungkan cincin~ Chewah!!


Setelah 14 jam Epin menunggu kat dalam kete, akhirnye dapat jugak dia makan kat umah pihak pompuan! Hehe!!


Ni la mat bunga! Chan oh Chan~~



Sempat lagi bergambar! Kekeke!




p/s: Tahniah ye Epin & Zura. Err.. yang lain bile lagi??

Tuesday, May 31, 2011

Majlis Perpisahan~

Mood: Sedih~ :(

Thanks pada rakan2 ICT sebab buat farewell untuk aku siang tadi. Appreciate sangat! Nanti ade masa kita keluar makan ramai2 lagi k~ Tapi tak tau la bila.. Aku dah bawak DSLR untuk majlis farewell nih, tapi....... aku tertinggal plak DSLR tu kat opis! adeh!! Terpaksa la aku amik gambar pakai henpon! Bile aku transfer je kat PC, semua gambar macam haram!! Takde satu pon yang elok! Sedih gile la.. Tak dapat aku tangkap "memori indah" time tu!

Tapi takpe, korang semua kekal dalam "hardisk" dalam kepala aku nih! Aku akan pastikan takde satu "virus" pon yang boleh meng-corrupt-kan semua memori nih! Chewah! Biasa la~ budak IT, mesti la cakap bahasa IT! haha!!

Kitorang makan kat Waikiki Cafe, Plaza Alam Sentral.. Makan chicken chop ngan lamb chop. Ok jugak la makanan diorang.. Harga pon berpatutan tapi lamb chop dia liat sket, Kak Fiza ngan Helmi sampai lenguh tangan nak potong daging kambing tu! Haha!

Err.. walaupon kualiti gambar tersangat-sangat-sangat-sangat-sangat la teruk, tapi aku upload jugak la! Apedehal~~ ^_^
Err~ gambar ni aku amik kat pakcik Google.. Ahaks!

Ni la Amer! Dia ni ganti keje aku..


Potong la daging tu Helmi oii~ Haha!!


Mulut paling becok kat Nationwide! Time makan ni pon Kak Jiha nak membebel pasal aku! (-_-)"




p/s: Terkilan pasal aku tak dapat jumpa ramai orang buat kali terakhir pasal semua dah balik awal! (T_T)"

Sunday, May 29, 2011

Trip To Temerloh~

Err.. sory la lama gila aku tak update blog nih~ Busy sket la.. Banyak benda nak kena uruskan, dengan persiapan untuk kerja baru lagi, nak hand over kerja lama lagi.. ops! bukan tu yang aku nak cerita sekarang nih! Yang tu aku akan cerita lain kali.. ok2! Story begins now~

Lama jugak aku tak jejakkan kaki kat negeri Pahang! Akhirnya sampai jugak aku kat sini.. Kenapa aku pergi Temerloh? Ada apa kat sana? Haaaa~~ Ada kawan aku a.k.a staff Nationwide kahwin name die Wan Marlini a.k.a Lin.. so aku dengan staff Nationwide yang lain (Semua staff sales dept, aku sorang je yang sesat! Haha!!) pon terjah la ke majlis kahwin dia~ kitorang plan nak berkumpul kat rumah Nick pukul 9, tapi time sampai, dia tak mandi lagi!! WTH!! 1 keje lagi nak menunggu dia siap~ adeh! (-_-)"



Antara mangsa-mangsa akibat kelewatan Nick!

Pukul 10.30: Kitorang sampai kat Genting Sempah untuk sarapan sambil menunggu 2 kereta lagi (Kak Aisha dengan Family Kak Tasha). Si Nick boleh pulak ungkit pasal game M.U malam tadi! Hampeh betul!! At least M.U dapat jugak masuk final rite??

Sempat lagi amik gambar kat tol!

Pukul 12.00 (lebih kurang la~): Sampai jugak kitorang kat umah Lin, nak kata dalam sangat rumah dia, tak la sangat tapi jalan sempit sikit la~ Kitorang sampai je kat sana, terus ada bunyik kompang! Memang tepat pada masanya~ Haha!
err.. cuaca kat Temerloh memang panas ekh!?? (-_-)"


haa~ ni la Lin~ Selamat pengatin baru!! :)



Sempat lagi bergambar dengan pengantin baru~ haha!


Main-main kat pelamin pulak dah~ Habis la roboh pelamin tu!!!


Antara barang hantaran yang sempat aku snap!


Ape lagi! makan dah, tengok pengantin pon dah~ Balik la!! ahaks!





p/s: to Lin, tahniah! semoga berbahagia hingga ke anak cucu! :)

Rakan2ku