Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Jelajah : Wakaf Che Yeh (Part 1)

Woohooo! Baru pagi tadi aku sampai Kota Bharu, malam dah start jalan-jalan..hehe! Wakaf Che Yeh, lokasi pertama yang aku jelajah kat negeri Kelantan ni. Memang menarik tempat ni, ala-ala macam Uptown gitu..huhu! Yang menarik minat aku kat sini ialah ada gerai yang menjual barangan style lelong! wow! Banyak barangan yang dijual dengan harga yang murah, contohnya power bank, perfume, jam tangan dan banyak lagi. Aku memang suka cara diorang melelong barangan diorang. Makin lama makin murah! Harga start dari RM100 turun sampai RM40-RM50! siap bagi free gift lagi!

Monday, April 13, 2015

Outstation : Kota Bharu

Yuhuuuu..

After 2 weeks aku kat Kuala Terengganu, sekarang aku kat Kota Bharu pulak.. hehe! Aku akan berada kat sini selama 2 minggu then aku akan balik KL! So apa yang best kat sini ye? Mane tempat yang best untuk aku singgah? Apa makanan yang paling sedap kat sini? Hmmmm... tak sabar nak explore Kelantan ni!

So stay tuned! Aku akan update korang nanti ye!

Thursday, April 09, 2015

Jelajah : Taman Awam Lagun Kuala Ibai, Kuala Terengganu


Setelah dua minggu aku outstation kat sini, baru la boleh rasa jalan-jalan..adeh! Takpe la, janji ada jugak pengalaman aku jalan-jalan kat Kuala Terengganu ni! Hehe! Aku rindu sangat nak mandi swimming pool, last time aku mandi swimming pool masa Family Day kat Awana Kijal bulan lepas. Bila aku surf internet pasal swimming pool kat area Kuala Terengganu, aku terkejut pasal tempat yang aku pergi ni dekat gila dengan rumah yang aku duduk! Cuma ambil masa dalam 10 minit je! What!? Kalau aku tahu dari awal, hari-hari aku pergi! hmmm.. nasib badan..

Taman Awam Lagun Kuala Ibai, tu la tempat yang aku pergi kali ni. Memang best tempat ni, kawasan yang menghadap pantai.

Monday, March 23, 2015

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (Last Day)

Last day, pagi ni ceria je sebab mood dapat grand prize masih terasa lagi.. Chewahhhhh! Tak banyak yang aku buat hari ni pasal tengah hari nanti nak check out dah. Just breakfast then pergi mandi pool.


Lastly, aku nak ucapkan terima kasih pada company aku sebab anjurkan family day yang aku rasa paling best aku pernah join! Serius!! haha! thanks jugak kat bos2 aku sebab diorang memang sporting beb! Kami warga Technical Support memang betul2 enjoy dengan family day kali ni.



Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (2nd day)


2nd day.. Pagi ni nasib baik tak terlewat nak pergi breakfast. Biasa la, penat main funfair malam tadi. TAPI…. korang jangan ingat hadiah tu je yang aku dapat! hehe! kalau korang nak tengok aku dapat apa lagi, meh aku jamu korang dengan gambar lagi. Tengok la korang dengan gambar2 ni sampai muntah! hahaha!

Family Day 2015: Awana Kijal Terengganu (1st day)

Hey guys! Uhuk uhuk! apsal berhabuk sangat blog nih!? ish3! 
sorry guys.. dah lame sangat aku x update blog nih.. dulu dah janji nak update, tapi baru sekarang aku update. Ehem! Memandangkan aku dah ade laptop baru, so makin bersemangat la aku nak update blog! Hehe!

Minggu lepas (14 March - 16 March) aku ade pegi Family Day anjuran company aku, memang happening babe! Tak sia-sia aku pegi..hehe! Siap ada funfair tu! Hehe! banyak hadiah yang aku dapat.

Tahun ni company aku buat family day kat Awana Kijal Kemaman, Terengganu. Memang letih drive kereta! hmmm… Kalau tahun lepas company buat kat Melaka, so takde la rasa jauh sangat. takpe la, at least aku boleh bawak wife aku jalan2. Dah lama rasanya kitorang tak keluar jalan2..


Takde gambar la pulak nak belanje korang! haha! Just ada gambar hadiah funfair je.. jadi la kan daripada takde.. haha!


Breakfast dulu sebelum bertolak..hehe! Lokasi BHP Gombak.



malam funfair! woohoooo!

Sunday, September 30, 2012

Story Begin When The Light Goes Out!


Haa.. yang ni baru la kena dengan tema blog aku! Story Begin When The Light Goes Out! 
Err.. tu je aku nak bagitau.. Kbai!

p/s: makin rabun la aku bila typing dalam gelap!

Saturday, September 08, 2012

Jaga-jaga! Penipuan Menggunakan Talian Telefon!


Kat sini aku just nak bagi peringatan kat korang, aku rasa korang pon dah banyak dengar pasal kes macam ni. Ni kali kedua aku kena kes camni. Pernah tak ade orang call korang dan dia cakap dia dari pihak bank? Dia cakap dia just nak buat semakan tentang akaun bank. Aku dari mula memang dah rasa was-was, dia akan mintak maklumat yang ada pada kad ATM / kad kredit korang. Terus terang aku cakap, JANGAN BAGI! Jangan bagi ape2 pon maklumat pada kad tu pada orang lain!

Benda ni yang dia akan mintak, expired dat pada kad, nombor yang tertulis pada kad, dan kad jenis apa. Masa aku mula2 kena dulu, aku suruh dia call balik, aku cakap kat dia yang aku ade keje sket dan mintak dia call aku dalam masa  minit lagi. Lepas hang up je, aku terus call Maybank dan tanya customer service Maybank. Memang ternyata ianya satu penipuan. Kalau korang rasa nak tengok duit dalam akaun korang lenyap secara 'magic', boleh la try.. Hehe! Lepas tu dia try call aku balik tapi aku tak jawab. Banyak kali dia try call aku. Takkan la just nak wat survey pon kena call banyak kali? Kan boleh try call orang lain?

Kes yang ke-2, ade orang call benda yang sama jgk. Aku terus cakap "ko memang selalu kencing orang ke??" pastu aku hang up. Aku nak gertak dia sikit, aku anta la sms kat dia pasal dia guna nombor handphone. Korang tengok la ape yang dia jawab. Langsi betol!!


Ingat! Pihak bank takkan call mintak benda2 ni semua. Kalau diorang nak tau semua detail pasal korang, tak payah nak call korang tanya soalan2 camni. Just click kat sistem diorang pon boleh tau la.. Pernah sekali mak aku hilang kad ATM, aku just g kat kaunter servis dan tanya berapa baki yang ada dalam akaun mak aku. Korang nak tau? Dia cuma mintak nombor IC je..tak payah soalan2 merapu2.. terus dia dapat tau baki dalam akaun. Penyangak2 ni mintak benda2 catu pasal nak hack akaun korang la..

Haaa..korang save nombor ni 019-6756513, in case kalau dia call korang la.. Berjaga-jaga sebelum terkena. As salam..


Wednesday, August 29, 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum wbt.. uhuk2!! maafkan aku sebab blog ni dah berhabuk sgt..aku sendiri pon x tahan! -,-" 

err..back to the title.. Masih belom terlambat lagi utk aku ucapkan Selamat Hari Raya pada semua rakan2 dan semua yg mengenali diri aku. Jadikan la hari raya ini sebagai hari yg terbaik utk kita berbaik dan bermaaf-maafan antara kita.


Di sini aku ingin meminta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki andai selama aku buat blog ni, aku dah menyinggung hati korang. Aku hanyalah insan biasa yg x terlepas dari melakukan kesilapan. Maaf sekali lagi. Buat rakan2ku, jemput la datang beraya di rumah aku!

 kuih raya berlambak x mkn lg..sape nak tolong abiskan??

Wednesday, October 19, 2011

Zoul is back!

Dah lame gile aku tak update blog ni! Adeh!! Sory ye,aku bz sket ngan keje..tp nak kata aku bz sgt waktu mlm,x jugak~ hmm..
Xpe2, mulai hari ni, blog ni akan aktif balik! Hehe! Selama aku senyap je ni,macam2 hal yg dah berlaku dalam hidup aku macam2 perkara yang aku lalui.. Alhamdulillah~ aku semakin happy dengan hidup aku sekarang.. Nak tau ke? Tunggu~~~
Akan aku update nanti.. :)

Sunday, July 17, 2011

Pencarian Berakhir!

Mood: Lega~

Alhamdulillah~ akhirnya aku dapat jugak mencari bilik sewa yang betul2 puas hati. Hehe! Aku dapat bilik kat area Ampang, so memang dekat sangat la dengan opis aku.. ^_^

Lepas ni takde la penat sangat bile balik keje.. -,-" Tapi aku start pindah time bulan puasa~ Hmm.. Maybe hari ke-3 baru aku start duduk sana pasal aku nak bukak puasa ngan family dulu. Anyway, sekarang ni aku dah tak payah pening2 nak carik bilik sewa lagi. Lega~~



p/s: mission accomplished!! \(^_^)/

Thursday, June 30, 2011

1st Salary!

Alhamdulillah~ Setelah lama aku mengharungi saat2 yang sukar (chewah~~~) akhirnya membuahkan hasil juga. Genap sebulan aku kerja kat KL. Walaupun aku belum dapat merasa lagi duit gaji pasal kena tunggu 3 hari sebab company bagi cek, aku dah rasa hepy sangat! ^_^

Cuba korang tengok tarikh kat cek tu, 27 Jun!! Tapi suruh aku amik cek 30 Jun! Pe Cite?? Baik bagi aku awal2 kan senang~~ Ape pon tak boleh! -,-"

Lepas ni takde la aku sesak sangat.. Hehe! Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat family aku, kwn2 aku yang byk bg sokongan kat aku. Mak ayah yang paham keadaan aku, Boy (kwn baik aku) yang banyak tolong aku dari segi kewangan, dan semua kawan2 yang bagi semangat kat aku. Thanks guys!






p/s: Kepada budak2 Team Market, jom aku belanja makan! Hehe! Tapi kena tunggu duit masuk akaun aku la~ Hehe!

Sunday, June 26, 2011

Misi Mencari Bilik Sewa~

Mood: Bersemangat!
 
 

Pagi2 dah siap2 dah.. semuanya pasal nak carik bilik sewa.. Haha! Tak tahan la ulang alik Meru-KL hari2.. Sakit pinggang aku ni weh~ Kalau aku yang sakit takpe lagi, ni moto aku pulak yang sakit~ Belting putus pulak kat tengah highway~ adeh~ Puas aku menolak moto kat highway! tu la, sape suruh mengada2 nak keje kat KL~~ -,-" Sekarang ni aku tengah tunggu si Boy, dia la yang akan temankan aku pegi tengok bilik sewa. Harap2 ade la rezeki aku hari ni..
 
Agak2 korang, aku mampu ke sewa umah camni ekh? haha!! ^_^

 

Thursday, June 09, 2011

Suatu Kenangan~ :')

Hujan lebat pulak hari ni~ Basah lencun aku time balik keje tadi.. -,-" Lapar la pulak time2 nih! Dengan segera aku pegi dapur nak carik makanan. Bukak tudung saji je, dengan muke selebet aku berkata, "Ek eleh~ ikan goreng ngan sambal belacan je???" Tak perasan pulak mak aku lalu kat belakang, "Ala, makan je la ape yang ade.. Bersyukur la dengan rezeki tu.." Terasa bersalah pulak aku cakap camtu..


Sempat lagi aku snap gambar~ Haha!

Sedang aku makan, teringat pulak time aku kecik2 dulu, family aku bukan orang senang (tapi takde la susah sangat~). Time aku sekolah dulu, ayah aku berniaga jual ikan, memang best time tu, aku dapat makan ikan sedap2, aku dapat duit banyak (pasal aku tolong ayah aku berniaga).. Tapi lepas bisnes ayah aku merundum, hidup kitorang susah sikit. Nak makan pun payah~ Pernah kitorang hari2 makan nasik ngan telur goreng je.. hurmm~ Lepas tu ayah aku dapat keje jadi polis bantuan kat Sunway, time tu la baru hidup kitorang 1 family senang sikit..

Pernah ayah aku cakap kat aku, "Biar kita hidup susah! Biar kita tidur kat kandang lembu! Asalkan kita dapat cari rezeki halal atas usaha kita sendiri.. Yang penting, keluarga kita gembira~" Kata ayah aku sambil tersenyum.. Memang ayat ni la aku akan pegang sampai bila2.. Mintak2 jauhkan la dari sifat lupa diri..


Pergh! Kenyang beb! Burppp~ Alhamdulillah~





p/s: Biar rezeki kita tak banyak macam orang lain, asalkan kita hepy dan tahu bersyukur~ :)

Tuesday, May 31, 2011

Majlis Perpisahan~

Mood: Sedih~ :(

Thanks pada rakan2 ICT sebab buat farewell untuk aku siang tadi. Appreciate sangat! Nanti ade masa kita keluar makan ramai2 lagi k~ Tapi tak tau la bila.. Aku dah bawak DSLR untuk majlis farewell nih, tapi....... aku tertinggal plak DSLR tu kat opis! adeh!! Terpaksa la aku amik gambar pakai henpon! Bile aku transfer je kat PC, semua gambar macam haram!! Takde satu pon yang elok! Sedih gile la.. Tak dapat aku tangkap "memori indah" time tu!

Tapi takpe, korang semua kekal dalam "hardisk" dalam kepala aku nih! Aku akan pastikan takde satu "virus" pon yang boleh meng-corrupt-kan semua memori nih! Chewah! Biasa la~ budak IT, mesti la cakap bahasa IT! haha!!

Kitorang makan kat Waikiki Cafe, Plaza Alam Sentral.. Makan chicken chop ngan lamb chop. Ok jugak la makanan diorang.. Harga pon berpatutan tapi lamb chop dia liat sket, Kak Fiza ngan Helmi sampai lenguh tangan nak potong daging kambing tu! Haha!

Err.. walaupon kualiti gambar tersangat-sangat-sangat-sangat-sangat la teruk, tapi aku upload jugak la! Apedehal~~ ^_^
Err~ gambar ni aku amik kat pakcik Google.. Ahaks!

Ni la Amer! Dia ni ganti keje aku..


Potong la daging tu Helmi oii~ Haha!!


Mulut paling becok kat Nationwide! Time makan ni pon Kak Jiha nak membebel pasal aku! (-_-)"




p/s: Terkilan pasal aku tak dapat jumpa ramai orang buat kali terakhir pasal semua dah balik awal! (T_T)"

Monday, May 30, 2011

Last Day~ :'(

Esok adalah hari terakhir aku kat Nationwide Express. Fuhh~ berdebar pulak rasanya! Pada sape2 yang tak tau lagi, aku akan start keje kat KL pulak~ International Federation of Red Cross and Red Crescent Societies. Tu la nama company baru aku! Nama company pon dah wat lidah aku tergeliat! adeh!



Aku harap sangat aku dapat survive hidup kat KL tu. Eleh~ macam la aku tak penah dok kat KL~ (ceh! berlagak la plak!) Ape2 pon, aku harap sangat yang aku dapat sesuaikan diri dalam suasana keje yang baru dan aku hepy keje macam keje aku kat Nationwide nih! Seronok gile keje kat Nationwide, aku dapat ramai kawan baru, dapat gelak ketawa hari2, ramai yang caring, ramai yang bagi tunjuk ajar, and banyak aktiviti2 luar yang kitorang dapat buat!

Aku bukan taknak stay kat Nationwide, tapi dah sampai masanye aku carik pengalaman yang baru, gaji yang lebih sedap, boleh la aku kumpul duit nak kawen nanti! Haha! Berangan je lebih!!

Aku nak ucapkan ribuan terima kaseh pada Miss Lim Saw Nee | Kak Nor | Kak Jiha | Kak Fiza | Akmal | Helmi | Eddie | Krishna | Stephanie | PuteriNazmi | Abg Azizul | Taufik Credit | Abg Mizal | Nick | Azri | Mizi | Kak Anne | dan semua rakan2 sebab banyak membantu aku dalam urusan kerja, menyokong aku dari belakang dan buat aku seronok keje kat sini!

Kepada Mazran & Amer: Segala tugas & tanggungjawab aku serahkan pada korang, aku dah tak boleh nak uruskan lagi. Ape2 hal, blh call aku.

Kepada rakan2 seperjuangan, nanti ada masa kita jumpa lagi! Jangan lupakan aku! Kalau ade aktiviti ape2, roger2 la aku! Kenang daku dalam doamu~ :'(

Kenangan bersama rakan2 Nationwide:





Friday, April 15, 2011

AWAK NAK KENAL SAYA?

hello my fren~ rasanye aku tak penah lagi introduce diri aku kan? Haha! aku baru lagi dalam dunia blogging nih~ "AWAK NAK KENAL SAYA?" haha! aku sendiri pon takleh tahan tgk tajuk entry nih! Tp layan je la~

Test! test! okeh, tajuk entry da masuk.. (dah 2 kali aku ulang~) Name aku Mohd Zulkifli bin Yahya. Chewah, name penuh 2! Biasanye kwn2 aku panggil aku zul or jay/jerry (yg ni sorang due je yg panggil camni..) or elmo (yang ni fiera xiera yang panggil~haha!), family aku ngan jiran2 panggil aku angah je..tp ade 1 name yg aku takot giler nak dgr~ "Azol!" aku pon tak tau camne name ni blh melekat kat aku. Biasanya mak ayah aku je panggil..n nak tau time bile mak ayah aku panggil Azol? time diorang tgh marah! haha! Sbab 2 la aku takot. Kalo adik bradik aku yang panggil name camtu, alamatnye kena kaki la diorg! (mintak2 la adik bradik aku x baca post nih! :P)

tadaa~ this is me!

yg ni la kwn aku..chan (kiri) n boy (kanan)..
err..maafkan la atas perbuatan diorang~ ahaks!

Pergh! Nak bgtau name pon dah panjang gile! Aku ni pendiam sbnarnye, jgn salah paham~ hehe! Umo aku doploh lime thn. Aku ade sorang abg n 3 org adik (2 pmpuan + 1 laki). Still single availabe (Perlu ke aku mention benda nih? :P) Aku keje di Nationwide Express kat Shah Alam. Tp harus diingatkan yg keje aku bkn hantar2 barang! Aku keje sbg ICT Support kat sinun. Seronok keje kat sini, byk kawan yg aku dapat.. Setiap negeri ade woo~

ni la keje aku kat opis.. bukak mudah.my~ ahaks! kantoi~

Aku asal KL tp skrg aku menetap kat Meru, Klang (Umah family beb, jimat sket~ heh!) lgpon aku keje kat Shah Alam, so xde la jauh sgt aku nk ulang alik gi keje. Nasib baik la aku ade kwn baik kat sini, name die boy ngan shin chan~ Diorang ni kawan aku time study kat kolej dulu, kebetulan plak diorang dok kat Meru. Hehe! Hobi? Aku suke membaca, menulis, amik gambar, blogging (hobi baru~:P), ber-fesbuk, jalan2, kemas umah, surf tenet, tido, makan n tgk wayang. Aku pon x tau camne aku blh berkecimpung (pergh!) dlm dunie blogging nih. Ramai jugak kwn2 aku ade blog, aku pon dah lame nk wat blog, tp x tau nk letak ape dlm blog 2..haha! Memandangkn aku dah ade DSLR, aku rasa cukup la utk aku sumbat segala aktiviti aku dalam blog nih.

zzzZZZzzZZzz~~~



tu je la, nak tido la~ mak aku pon dah jerit suruh tutop lampu. Rase2 nk kenal aku, blh la visit blog ni slalu atau  add kat fesbuk aku. ape die? nk nmbr fon?? err..hehe!

oke, dengan ini aku amik kesempatan nak ucapkan SELAMAT MALAM!!





p/s: basuh kaki sblm tido! :P

Saturday, April 02, 2011

New Life Begins~ :)

wooohooo! dah lame ak nak wat blog tp asyik tertangguh je~ (-_-)"
tp ape tujuan ak nk wat blog nih? pasal duet? glamor? luahan hati?
korang sendiri la yg decide~ for me, its just about me, my family, frens and my awek (walaupon blom ade lg.. -_-")
enjoy guys~

Rakan2ku